Malaysia legislation

Section 4

of KAEDAH-KAEDAH UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) (HAKAM) 2023

Seksyen 4

(1)

Saudara karib pihak-pihak yang boleh dilantik sebagai Hakam hendaklah memenuhi kelayakan yang berikut:

(a)

seorang lelaki Islam yang telah mencapai umur lapan belas tahun dan sempurna akal;

(b)

seorang yang mempunyai hubungan dengan pihak-pihak itu sama ada melalui nasab, pertalian kahwin atau sesusuan yang mempunyai pengetahuan mengenai hal keadaan kes itu;

(c)

seorang yang adil dan boleh dipercayai; dan

(d)

seorang yang mempunyai pengetahuan asas dalam hal ehwal keluarga Islam dan Hukum Syarak.

(2)

Orang yang disebut dalam perenggan 3(c) juga boleh dilantik sebagai Hakam sekiranya dia memenuhi kelayakan yang disebut dalam perenggan (1)(a), (c) dan (d).

Penamaan Hakam

Section 4 — KAEDAH-KAEDAH UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) (HAKAM) 2023