Malaysia legislation
Section 7
of KAEDAH-KAEDAH UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) (HAKAM) 2023
Seksyen 7
(1)
Jika Hakam yang dilantik di bawah kaedah 6 tidak mendapat persetujuan pihak-pihak bagi perdamaian atau perceraian, Mahkamah boleh membatalkan pelantikan Hakam itu melalui suatu perintah yang disebut dalam kaedah 9.
(2)
Mahkamah hendaklah melantik Hakam lain dalam kalangan orang yang disebut dalam perenggan 3(b) atau (c) melalui suatu perintah di bawah subkaedah 6(3)
untuk menggantikan Hakam yang dibatalkan pelantikannya di bawah subkaedah (1).
P.U. (A) 238 9
(3)
Hakam yang dilantik di bawah subkaedah (2) hendaklah berusaha untuk mendapatkan kuasa penuh daripada prinsipalnya.
(4)
Sekiranya prinsipal bersetuju untuk memberi kuasa penuh kepada Hakam yang dilantik di bawah subkaedah (2), pemberian kuasa penuh itu hendaklah dilafazkan oleh prinsipal dan Notis Pemberian Kuasa Penuh dalam Borang 3 atau 4 Jadual Pertama hendaklah ditandatangani, di hadapan Hakim yang di hadapannya kes itu didengar.
(5)
Bagi maksud Bahagian ini, “kuasa penuh” ertinya—
(a)
berhubung dengan suami, kuasa yang membenarkan Hakam yang bertindak bagi pihaknya untuk melafazkan talaq atau khul’
di hadapan Mahkamah; dan
(b)
berhubung dengan isteri, kuasa yang membenarkan Hakam yang bertindak bagi pihaknya untuk menerima lafaz khul’ di hadapan
Mahkamah.
Pelantikan Hakam dengan kuasa penuh