Malaysia legislation
Section 12
of KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI (UNIVERSITI MALAYA) (TATATERTIB PELAJAR) 2024
Seksyen 12
(1)
Tiada seorang pun pelajar, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar, boleh menerbitkan, mengagihkan atau mengedarkan apa-apa dokumen di dalam Kampus atau di luar Kampus tanpa kebenaran secara bertulis terlebih dahulu Naib Canselor.
(2)
Dalam memberikan kebenaran di bawah subkaedah (1), Naib Canselor boleh mengenakan apa-apa sekatan, terma atau syarat sebagaimana yang difikirkan perlu atau suai manfaat oleh Naib Canselor.
(3)
Kebenaran yang dikehendaki di bawah subkaedah (1) ini hendaklah sebagai tambahan kepada apa-apa lesen, permit atau apa-apa bentuk lain pemberikuasaan yang dikehendaki di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain.
(4)
Bagi maksud subkaedah (1), “dokumen” termasuklah apa-apa penerbitan bercetak dan elektronik.
(5)
Mana-mana pelajar yang melanggar subkaedah (1) atau apa-apa sekatan, terma atau syarat yang dikenakan Naib Canselor dalam subkaedah (2) melakukan suatu kesalahan tatatertib.
P.U. (A) 384 18
Kegiatan pelajar di luar Kampus