Malaysia legislation
Section 39
Seksyen 39
(1)
Seseorang pelajar boleh menyimpan, mempunyai dalam milikannya atau mempunyai apa-apa kenderaan motor di dalam Kampus selepas membuat suatu permohonan dan memperoleh kebenaran bertulis daripada Naib Canselor.
(2)
Permohonan dan kebenaran bertulis di bawah subkaedah (1) hendaklah dalam apa-apa bentuk dan cara sebagaimana yang ditentukan oleh Naib Canselor.
(3)
Permohonan bagi kebenaran bertulis di bawah subkaedah (1) hendaklah mengandungi maklumat tetapi tidak terhad kepada—
(a)
perihalan kenderaan motor itu;
(b)
lesen kenderaan motor yang sah;
(c)
polisi insurans yang sah berkenaan dengan kenderaan motor itu;
(d)
lesen memandu sah pemohon itu; dan
(e)
kad pelajar pemohon itu.
(4)
Tertakluk kepada subkaedah (1), Naib Canselor boleh memberikan kebenaran bertulis kepada pelajar untuk suatu tempoh sebagaimana yang ditentukan oleh Naib Canselor dan kebenaran bertulis itu hendaklah pada setiap masa dipamerkan di tempat yang mudah dilihat pada kenderaan motor itu.
(5)
Seseorang pelajar boleh memohon kepada Naib Canselor untuk pembaharuan kebenaran bertulis dan subkaedah (1) dan (2) hendaklah terpakai mutatis mutandis bagi sesuatu permohonan untuk pembaharuan itu.
P.U. (A) 322 32
(6)
Naib Canselor boleh memberikan pembaharuan kebenaran bertulis itu bagi suatu tempoh sebagaimana yang ditentukan oleh Naib Canselor.
(7)
Jika Naib Canselor berpuas hati bahawa pelajar itu melanggar mana-mana peruntukan Kaedah-Kaedah ini atau adalah suatu yang bertentangan dengan kepentingan Universiti untuk pelajar itu memegang kebenaran bertulis itu,
Naib Canselor boleh—
(a)
menolak untuk memberikan kebenaran bertulis itu;
(b)
menolak pembaharuan kebenaran bertulis itu; atau
(c)
membatalkan apa-apa kebenaran bertulis yang diberikan.
(8)
Mana-mana pelajar yang menyimpan, mempunyai dalam milikannya atau mempunyai apa-apa kenderaan motor di dalam Kampus tanpa kebenaran bertulis daripada Naib Canselor melakukan suatu kesalahan tatatertib.
Kenderaan motor hendaklah dipandu hanya di atas jalan raya