Malaysia legislation

Section 66

of KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI (UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG AL-SULTAN ABDULLAH) (TATATERTIB PELAJAR) 2024

Seksyen 66

(1)

Tiada seorang pun boleh hadir dalam sesuatu prosiding tatatertib kecuali—

(a)

anggota pihak berkuasa tatatertib;

(b)

pelajar yang terhadapnya prosiding tatatertib diambil;

(c)

pekerja Universiti atau pelajar lain Universiti yang mewakili pelajar itu;

(d)

ibu bapa atau penjaga pelajar itu;

(e)

saksi yang dipanggil memberikan keterangan oleh pihak berkuasa tatatertib; dan

(f)

mana-mana orang lain sebagaimana yang dibenarkan hadir oleh pihak berkuasa tatatertib atas apa-apa sebab.

(2)

Seseorang yang hadir dalam prosiding tatatertib di bawah perenggan 1(f), tidak boleh dalam apa-apa cara mengganggu penjalanan prosiding tatatertib.

P.U. (A) 322 45

Section 66 — KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI (UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG AL-SULTAN ABDULLAH) (TATATERTIB PELAJAR) 2024