Malaysia legislation

Section 22

of KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI (UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS) (TATATERTIB PELAJAR) 2024

Seksyen 22

(1)

Tiada seorang pun pelajar boleh—

(a)

mempunyai dalam milikannya, jagaannya atau kawalannya apa-apa dadah atau racun;

(b)

memberikan, membekalkan atau menyediakan, atau menawarkan atau cuba memberikan, membekalkan atau menyediakan apa-apa dadah atau racun kepada mana-mana orang;

(c)

menghisap atau selainnya mengambil apa-apa dadah atau racun;

(d)

mempunyai dalam milikannya, jagaannya atau kawalannya apa-apa perkakas, alatan, radas atau barang yang direka bentuk atau diniatkan untuk digunakan bagi memproses, mengambil, meminum, menghisap, menyedut atau memasukkan ke dalam badannya, apa-apa dadah atau racun; atau

(e)

berada di bawah pengaruh mana-mana dadah atau racun.

(2)

Tiada apa-apa jua dalam kaedah ini boleh disifatkan sebagai menghalang seseorang pelajar daripada menjalani apa-apa rawatan perubatan yang melibatkan apa-apa dadah atau racun sebagaimana yang dipreskripsi oleh pengamal perubatan yang berdaftar di bawah Akta Perubatan 1971 [Akta 50].

(3)

Seseorang pelajar yang disyaki telah mengambil apa-apa dadah hendaklah menyerah dirinya bagi maksud ujian air kencing apabila dikehendaki oleh Naib Canselor atau pihak berkuasa tatatertib.

P.U. (A) 303 24

(4)

Bagi maksud kaedah ini—

(a)

“mengambil” dengan variasi gramatis ertinya makan, mengunyah, menghisap, menelan, minum, menyedut, atau memasukkan ke dalam badan dalam apa-apa cara atau melalui apa-apa cara jua;

(b)

“dadah” ertinya apa-apa dadah atau bahan sebagaimana yang dinyatakan dalam

Section 22 — KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI (UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS) (TATATERTIB PELAJAR) 2024