Malaysia legislation
Section 6
of KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI (UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS) (TATATERTIB PELAJAR) 2024
Seksyen 6
(1)
Tiada seorang pun pelajar boleh memplagiat apa-apa idea, penulisan, data atau ciptaan kepunyaan orang lain.
(2)
Bagi maksud kaedah ini, plagiarisme termasuklah—
(a)
perbuatan meniru atau mengambil sesuatu idea, penulisan, data atau ciptaan yang dinyatakan dengan jelas dalam bentuk benda, penulisan, data, ciptaan atau apa-apa harta intelek kepunyaan orang lain dan mendakwa bahawa idea, penulisan, data, ciptaan yang dinyatakan dengan jelas dalam bentuk benda, penulisan, data,
P.U. (A) 303 12
ciptaan atau harta intelek kepunyaan orang lain itu ialah hasil dapatannya atau ciptaannya sendiri; atau
(b)
suatu cubaan untuk menonjolkan atau perbuatan menonjolkan, dengan apa-apa cara, bahawa pelajar itu ialah sumber asal atau pencipta sesuatu idea, penulisan, data atau ciptaan yang dinyatakan dengan jelas dalam bentuk benda, penulisan, data, ciptaan atau harta intelek yang sebenarnya telah diambil daripada mana-mana sumber lain.
(3)
Tanpa menjejaskan keluasan subkaedah (2), seseorang pelajar memplagiat apabila pelajar itu—
(a)
menerbitkan, dengan dirinya sebagai pengarang, suatu ringkasan, artikel, kertas saintifik atau akademik, tesis, projek tahun akhir, tugasan atau buku yang keseluruhannya atau sebahagiannya ditulis oleh mana-mana orang lain;
(b)
menggabungkan dirinya atau membenarkan dirinya digabungkan sebagai pengarang bersama suatu ringkasan, artikel, kertas saintifik atau akademik, tesis, projek tahun akhir, tugasan atau buku, sedangkan pelajar itu tidak langsung membuat apa-apa sumbangan bertulis bagi ringkasan, artikel, kertas saintifik atau akademik, tesis, projek tahun akhir, tugasan atau buku itu;
(c)
memaksa seseorang lain untuk memasukkan namanya dalam senarai penyelidik bersama bagi suatu projek penyelidikan tertentu atau dalam senarai pengarang bersama bagi suatu penerbitan sedangkan pelajar itu tidak membuat apa-apa sumbangan yang boleh melayakkan dirinya sebagai penyelidik bersama atau pengarang bersama;
P.U. (A) 303 13
(d)
memetik data akademik yang merupakan hasil penyelidikan yang dijalankan oleh mana-mana orang lain, seperti dapatan makmal atau dapatan kerja lapangan atau data yang diperoleh melalui penyelidikan perpustakaan sama ada yang diterbitkan atau tidak diterbitkan, dan menggabungkan data itu sebagai sebahagian daripada penyelidikan akademiknya tanpa memberikan pengiktirafan yang sewajarnya kepada sumber asal;
(e)
menggunakan data penyelidikan yang diperoleh melalui kerja usaha sama dengan mana-mana orang lain, sama ada atau tidak orang lain itu ialah pekerja Universiti atau pelajar Universiti, sebagai sebahagian daripada penyelidikan akademik peribadinya yang lain yang berbeza, atau bagi penerbitan atas namanya sendiri sebagai pengarang tunggal, tanpa memperoleh keizinan daripada penyelidik bersamanya sebelum memulakan penyelidikannya sendiri atau sebelum menerbitkan data itu;
(f)
menyalin idea atau karya orang lain yang disimpan dalam apa-apa jua bentuk, sama ada secara bertulis, bercetak atau tersedia dalam bentuk elektronik, atau dalam bentuk slaid, atau dalam apa-apa jua bentuk pengajaran atau perkakas penyelidikan atau dalam apa-apa bentuk lain, dan mendakwa sama ada secara langsung atau tidak langsung bahawa dia ialah pencipta idea atau karya itu;
(g)
menterjemahkan penulisan atau karya orang lain daripada satu bahasa ke dalam bahasa lain sama ada atau tidak secara keseluruhan atau sebahagian, dan kemudian mengemukakan terjemahan yang dibuat itu dalam apa-apa jua bentuk atau cara sebagai hasil penulisan atau karya asalnya sendiri; atau
(h)
memetik idea daripada penulisan atau karya seseorang lain dan membuat ubah suaian tertentu tanpa menyebut dengan sewajarnya
P.U. (A) 303 14
sumber asal dan menyusunnya semula dengan apa-apa cara sehingga kelihatan seolah-olah pelajar tersebut ialah pencipta idea itu.
(4)
Naib Canselor boleh, dengan keizinan Senat, mengeluarkan garis panduan berkenaan dengan plagiarism.
(5)
Mana-mana pelajar yang melanggar subkaedah (1) melakukan suatu kesalahan tatatertib.
Kehadiran bagi peperiksaan