Malaysia legislation
Section 4
Seksyen 4
(1)
Seseorang pelajar hendaklah menghadiri mana-mana kuliah, tutorial, kelas atau pengajaran lain yang berhubungan dengan kursus pengajiannya melainkan jika kebenaran terlebih dahulu berkenaan dengan ketidakhadirannya daripada kuliah, tutorial, kelas atau pengajaran itu diperoleh daripada Dekan Fakulti atau ketua Sekolah,
Pusat, Akademi atau Institut, mengikut mana-mana yang berkenaan.
(2)
Jika hal keadaan tidak membenarkan kebenaran terlebih dahulu itu diperoleh, pelajar hendaklah, dengan seberapa segera yang mungkin selepas kuliah, tutorial, kelas atau pengajaran itu, memperoleh kelulusan daripada Dekan Fakulti atau ketua
Sekolah, Pusat, Akademi atau Institut, mengikut mana-mana yang berkenaan, berkenaan dengan ketidakhadirannya itu.
(3)
Mana-mana pelajar yang tidak menghadiri mana-mana kuliah, tutorial, kelas atau pengajaran lain yang berhubungan dengan kursus pengajiannya tanpa memperoleh kebenaran daripada Dekan Fakulti atau ketua Sekolah, Pusat, Akademi atau Institut, mengikut mana-mana yang berkenaan, melakukan suatu kesalahan tatatertib.
Sekatan ke atas penggunaan teks atau rakaman kuliah