Malaysia legislation
Section 57
of KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI (UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA) (TATATERTIB PELAJAR) 2024
Seksyen 57
(1)
Jika pelajar memilih untuk membuat representasi bertulis mengikut subkaedah 49(2), pelajar itu hendaklah membuat pengakuannya secara bertulis terhadap kesalahan tatatertib yang dikatakan itu.
(2)
Jika pelajar mengaku bersalah dalam representasi bertulisnya itu, pelajar itu bolehlah memasukkan rayuan untuk meringankan hukuman dalam representasi bertulis itu.
(3)
Jika pelajar mengaku tidak bersalah dalam representasi bertulisnya itu, pelajar itu hendaklah menyatakan alasan yang padanya dia bergantung untuk membela dirinya dalam representasi bertulisnya itu.
(4)
Selepas menimbangkan alasan yang dikemukakan di bawah subkaedah (3), pihak berkuasa tatatertib hendaklah memberikan keputusannya dalam kes itu.
P.U. (A) 460 39
(5)
Jika pihak berkuasa tatatertib memutuskan bahawa pelajar itu bersalah atas kesalahan tatatertib itu, pihak berkuasa tatatertib hendaklah memaklumkan pelajar itu keputusannya secara bertulis dalam masa empat belas hari dari tarikh keputusan itu, dan hendaklah meminta pelajar itu mengemukakan apa-apa rayuan untuk meringankan hukuman secara bertulis dalam masa empat belas hari dari tarikh penerimaan keputusan itu.
(6)
Jika pihak berkuasa tatatertib memutuskan bahawa pelajar itu tidak bersalah atas kesalahan tatatertib itu, keputusan itu hendaklah disampaikan secara bertulis kepada pelajar itu dalam masa empat belas hari dari tarikh keputusan itu.
(7)
Selepas pelajar mengemukakan rayuan untuk meringankan hukuman, jika ada, di bawah subkaedah (2) atau (5), mengikut mana-mana yang berkenaan, pihak berkuasa tatatertib hendaklah mengenakan terhadap pelajar itu satu daripada hukuman yang dinyatakan dalam subkaedah 58(1) atau mana-mana gabungan dua atau lebih hukuman itu yang sesuai dalam masa empat belas hari dari tarikh penerimaan rayuan untuk meringankan hukuman itu.
(8)
Apa-apa hukuman yang dikenakan di bawah subkaedah (7) hendaklah disampaikan secara bertulis kepada pelajar itu dalam masa empat belas hari dari tarikh hukuman dikenakan.
Hukuman tatatertib