Malaysia legislation

Section 4

of KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI (UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA) (TATATERTIB PELAJAR) 2024

Seksyen 4

(1)

Seseorang pelajar hendaklah menghadiri mana-mana kuliah, tutorial, kelas atau pengajaran lain yang berhubungan dengan kursus pengajiannya melainkan jika kebenaran terlebih dahulu berkenaan dengan ketidakhadirannya daripada kuliah, tutorial, kelas atau pengajaran itu diperoleh daripada Dekan Fakulti, Ketua Sekolah atau

Pengarah Pusat, Akademi atau Institut atau mana-mana orang yang diberi kuasa oleh

Dekan Fakulti, Ketua Sekolah atau Pengarah Pusat, Akademi atau Institut, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(2)

Jika hal keadaan tidak membenarkan kebenaran terlebih dahulu itu diperoleh, pelajar hendaklah, dengan seberapa segera yang mungkin selepas kuliah, tutorial, kelas atau pengajaran tersebut, mendapatkan kelulusan daripada Dekan Fakulti, Ketua Sekolah atau Pengarah Pusat, Akademi atau Institut atau mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Dekan Fakulti, Ketua Sekolah atau Pengarah Pusat, Akademi atau Institut, mengikut mana-mana yang berkenaan, berkenaan dengan ketidakhadirannya itu.

(3)

Mana-mana pelajar yang tidak menghadiri mana-mana kuliah, tutorial, kelas atau pengajaran lain yang berhubungan dengan kursus pengajiannya tanpa memperoleh kebenaran daripada Dekan Fakulti, Ketua Sekolah atau Pengarah Pusat, Akademi atau

Institut atau mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Dekan Fakulti, Ketua Sekolah atau

Pengarah Pusat, Akademi atau Institut, mengikut mana-mana yang berkenaan, melakukan suatu kesalahan tatatertib.

Sekatan ke atas penggunaan teks atau rakaman kuliah

Section 4 — KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI (UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA) (TATATERTIB PELAJAR) 2024