Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Dalam Kaedah-Kaedah ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“asrama” ertinya apa-apa tempat penginapan, dengan apa-apa jua nama yang dipanggil, yang disediakan oleh Universiti bagi tempat tinggal pelajar;
“Jawatankuasa Rayuan Tatatertib Pelajar” ertinya Jawatankuasa Rayuan
Tatatertib Pelajar yang ditubuhkan oleh Lembaga di bawah subseksyen 16B(5) Akta;
“Kampus” ertinya Kampus Universiti termasuk semua asrama, institusi dan bangunan Universiti;
P.U. (A) 320 7
“kenderaan” ertinya suatu struktur yang boleh bergerak atau digerakkan atau digunakan untuk membawa mana-mana orang atau benda dan yang bersentuhan dengan permukaan bumi apabila bergerak;
“kenderaan motor” ertinya tiap-tiap perihalan kenderaan yang digerakkan dengan menggunakan mekanisme yang terkandung di dalam badan kenderaan itu dan dibina atau disesuaikan supaya boleh digunakan di atas jalan, dan termasuklah apa-apa kenderaan yang ditarik oleh sesuatu kenderaan motor sama ada atau tidak bahagian kenderaan yang ditarik sedemikian menindih atas kenderaan motor yang menariknya;
“kesalahan tatatertib” ertinya suatu kesalahan di bawah Kaedah-Kaedah ini;
“Ketua Asrama” ertinya ketua atau apa-apa nama jua yang diberikan kepada seseorang pekerja Universiti yang dilantik sebagai ketua bagi suatu asrama;
“Naib Canselor” ertinya Naib Canselor Universiti, dan termasuklah mana-mana orang atau kumpulan orang yang diberi kuasa oleh Naib Canselor untuk bertindak bagi pihaknya;
“orang yang diberi kuasa” ertinya mana-mana orang atau kumpulan orang yang diberi kuasa sewajarnya oleh Naib Canselor untuk bertindak bagi pihak Universiti;
“pelajar” ertinya seseorang pelajar berdaftar, selain pelajar di suatu institusi yang bersekutu dengan Universiti, yang mengikuti kursus pengajian, pengajaran, latihan atau penyelidikan apa-apa perihalan pada peringkat praijazah atau lepas ijazah secara sepenuh masa atau sambilan dalam, oleh atau dari Universiti, dan termasuklah pembelajaran jarak jauh, luar kampus, pertukaran dan pelajar tidak berijazah;
“pelajar menetap” ertinya seseorang pelajar yang menetap di dalam asrama;
P.U. (A) 320 8
“peperiksaan” termasuklah apa-apa cara atau kaedah penilaian yang menyebabkan suatu markah atau gred diberikan bagi sesuatu kursus tertentu atau sebahagian daripada kursus tertentu;
“pihak berkuasa tatatertib” ertinya Jawatankuasa Tatatertib Pelajar yang ditubuhkan oleh Lembaga yang disebut dalam subseksyen 16B(1) Akta;
“prosiding tatatertib”
ertinya suatu prosiding tatatertib di bawah
Kaedah-Kaedah ini;
“Universiti” ertinya Universiti Sultan Zainal Abidin.