Malaysia legislation

Section 5

of KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI (UNIVERSITI UTARA MALAYSIA) (TATATERTIB PELAJAR) 2024

Seksyen 5

(1)

Tiada seorang pun pelajar boleh—

P.U. (A) 310 11

(a)

menggunakan teks atau apa-apa bentuk rakaman kuliah, tutorial, kelas atau pengajaran yang disampaikan kepada pelajar itu di Universiti kecuali bagi maksud mengikuti kursus pengajiannya;

atau

(b)

menghasilkan semula, dengan apa-apa cara, keseluruhan atau mana-mana bahagian teks atau apa-apa bentuk rakaman yang disebut dalam perenggan (a) bagi maksud penerbitan, pengagihan atau pengedaran, sama ada untuk bayaran atau tidak.

(2)

Walau apa pun subkaedah (1), Naib Canselor boleh mengeluarkan garis panduan yang membenarkan mana-mana pelajar atau apa-apa pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar, untuk membuat salinan teks atau apa-apa bentuk rakaman mana-mana kuliah, tutorial, kelas atau pengajaran di bawah kawalan dan arahan

Naib Canselor atau Penolong Naib Canselor, atau Dekan atau Timbalan Dekan Kolej,

Pusat Pengajian atau Fakulti, atau ketua atau timbalan ketua Pusat, Akademi atau Institut, sebagaimana yang dibenarkan oleh Naib Canselor, tertakluk kepada syarat sebagaimana yang difikirkan perlu atau suai manfaat oleh Naib Canselor.

(3)

Mana-mana pelajar yang melanggar subkaedah

(1)

melakukan suatu kesalahan tatatertib.

Plagiarisme dan etika penulisan

Section 5 — KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI (UNIVERSITI UTARA MALAYSIA) (TATATERTIB PELAJAR) 2024