Malaysia legislation

Section 70

of KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI (UNIVERSITI UTARA MALAYSIA) (TATATERTIB PELAJAR) 2024

Seksyen 70

(1)

Dalam menimbangkan rayuan di bawah kaedah 67, Jawatankuasa Rayuan

Tatatertib Pelajar boleh—

(a)

mengesahkan keputusan yang dibuat oleh pihak berkuasa tatatertib itu;

(b)

mengesahkan keputusan pihak berkuasa tatatertib itu berhubung dengan kesalahan tatatertib pelajar, tetapi mengubah hukuman dengan mengenakan mana-mana satu atau mana-mana gabungan dua atau lebih hukuman yang sesuai di bawah subkaedah 58(1) atau selainnya;

(c)

mengetepikan keputusan yang dibuat oleh pihak berkuasa tatatertib itu dan mengumumkan bahawa pelajar itu tidak bersalah untuk kesalahan tatatertib itu; atau

(d)

menghantar balik rayuan kepada pihak berkuasa tatatertib itu untuk dipertimbangkan semula.

(2)

Keputusan Jawatankuasa Rayuan Tatatertib Pelajar ialah muktamad dan hendaklah disampaikan secara bertulis kepada pelajar itu dalam masa empat belas hari dari tarikh keputusannya.

Rayuan tidak berkuat kuasa sebagai penggantungan pelaksanaan hukuman

Section 70 — KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI (UNIVERSITI UTARA MALAYSIA) (TATATERTIB PELAJAR) 2024