Malaysia legislation
Section 10
of KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (TATATERTIB PELAJAR) 2023
Seksyen 10
(1)
Tiada seorang pun pelajar, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar, boleh—
P.U. (A) 292 17
(a)
membuat atau menyebabkan supaya dibuat atau melakukan apa-apa perbuatan untuk membuat atau menyebabkan supaya dibuat;
(b)
mengibar, menunjukkan, mempamer atau menggunakan, atau menyebabkan supaya dikibar, ditunjukkan, dipamer atau menggunakan; atau
(c)
memiliki atau mempunyai dalam milikannya, jagaannya atau kawalannya, apa-apa bendera, sepanduk, pelekat, poster, lambang atau peranti lain yang boleh menyebabkan keadaan tidak berdisiplin, kekacauan, keingkaran atau pelanggaran
Kaedah-Kaedah ini.
(2)
Mana-mana pelajar yang melanggar subkaedah (1) melakukan suatu kesalahan tatatertib.
Penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian, perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi 11.
(1)
Tiada seorang pun pelajar, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar boleh menggunakan mana-mana kemudahan rangkaian, perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi dalam Universiti bagi maksud memulakan apa-apa komen, permintaan, cadangan, pengagihan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, menjijikkan, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut, menyinggung atau mengganggu mana-mana orang.
(2)
Mana-mana pelajar yang melanggar subkaedah (1) melakukan suatu kesalahan tatatertib.
P.U. (A) 292 18
Penerbitan, pengagihan atau pengedaran dokumen