Malaysia legislation
Section 16
of KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (TATATERTIB PELAJAR) 2023
Seksyen 16
(1)
Tiada seorang pun pelajar, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar, boleh membuat apa-apa bantahan, sama ada secara lisan atau bertulis, terhadap—
(a)
kemasukan mana-mana orang, badan atau kumpulan orang ke dalam Kampus atau kehadiran mana-mana orang, badan atau kumpulan orang di dalam Kampus yang telah diberikan kebenaran oleh Naib Canselor untuk masuk ke dalam Kampus atau hadir di dalam Kampus; atau
P.U. (A) 292 20
(b)
larangan mana-mana orang, badan atau kumpulan orang ke dalam
Kampus atau pembuangan mana-mana orang, badan atau kumpulan orang dari Kampus.
(2)
Mana-mana pelajar yang melanggar subkaedah (1) melakukan suatu kesalahan tatatertib.
Bahan kakisan, bahan letupan, senjata berbahaya, dsb.