Malaysia legislation
Section 38
of KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (TATATERTIB PELAJAR) 2023
Seksyen 38
(1)
Seseorang pelajar menetap handaklah menetap di desasiswa menurut budi bicara Universiti.
(2)
Universiti boleh menghendaki seseorang pelajar menetap untuk mengosongkan biliknya di desasiswa atau memindahkan pelajar menetap itu ke bilik lain di desasiswa yang sama atau di desasiwa yang lain pada bila-bila masa tanpa apa-apa alasan.
(3)
Jika seseorang pelajar menetap dikehendaki mengosongkan biliknya di desasiswa itu atau dipindahkan di bawah subkaedah (2), pelajar menetap itu hendaklah dalam masa yang dinyatakan oleh Universiti mengalihkan semua barang kepunyaannya daripada bilik yang dikehendaki untuk dikosongkan itu.
(4)
Mana-mana pelajar menetap yang melanggar subkaedah (3) melakukan suatu kesalahan tatatertib.
P.U. (A) 292 31