Malaysia legislation
Section 49
of KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (TATATERTIB PELAJAR) 2023
Seksyen 49
(1)
Jika seseorang pelajar dikatakan telah melakukan suatu kesalahan tatatertib di bawah Kaedah-Kaedah ini, pihak berkuasa tatatertib hendaklah memberikan suatu notis bertulis kepada pelajar yang mengandungi kesalahan tatatertib yang dikatakan itu, fakta kes, hukuman atau denda maksimum yang boleh dikenakan dan alasan bagi tindakan yang dicadangkan diambil terhadap pelajar itu.
(2)
Notis yang disebut dalam subkaedah (1) hendaklah menyatakan hak seorang pelajar untuk membuat suatu representasi lisan atau representasi bertulis berkenaan dengan kesalahan tatatertib yang dikatakan itu dalam tempoh dan mengikut cara sebagaimana yang dinyatakan dalam notis itu.
P.U. (A) 292 36
(3)
Pelajar itu hendaklah mempunyai hak untuk diwakili oleh seseorang pekerja Universiti atau pelajar lain Universiti itu dalam prosiding tatatertib yang diambil terhadap pelajar itu.
Kegagalan untuk membuat representasi