Malaysia legislation
Section 66
of KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (TATATERTIB PELAJAR) 2023
Seksyen 66
(1)
Tiada seorang pun boleh hadir dalam sesuatu prosiding tatatertib kecuali—
(a)
anggota pihak berkuasa tatatertib;
(b)
pelajar yang terhadapnya prosiding tatatertib diambil;
(c)
pekerja Universiti atau pelajar lain Universiti yang mewakili pelajar itu;
(d)
ibu bapa atau penjaga pelajar itu;
(e)
saksi yang dipanggil memberikan keterangan oleh pihak berkuasa tatatertib; dan
(f)
mana-mana orang lain sebagaimana yang dibenarkan hadir oleh pihak berkuasa tatatertib atas apa-apa sebab.
(2)
Seseorang yang hadir dalam prosiding tatatertib di bawah perenggan (1)(f), tidak boleh dalam apa-apa cara menganggu penjalanan prosiding tatatertib.
P.U. (A) 292 45