Malaysia legislation
Section 1
of Kepada 1. Elite Shore Realty Sdn Bhd yang kesemuanya beralamat 50-3 Lorong
Seksyen 1
Elite Shore Realty Sdn Bhd yang kesemuanya beralamat 50-3 Lorong 6C/91, Taman Shamelin Perkasa, Jalan Cheras, 56100 Kuala Lumpur. Penggadai dalam Gadaian yang tersebut dalam Jadual di bawah ini bagi tanah bagaimana yang tersebut di dalamnya. Bahawasanya saya telah menerima daripada Pemegang
Gadaian dalam gadaian yang tersebut, suatu permohonan supaya Perintah Jual dikeluarkan di bawah seksyen 260(2) Kanun Tanah Negara.
Dan bahawasanya saya bercadang hendak mengadakan suatu siasatan berkenaan dengan permohonan tersebut di Pejabat Tanah Bentong pada hari Isnin 28
Januari 2002 jam 10.30 pagi. Maka oleh yang demikian, menurut seksyen 261(1)(c) Kanun Tanah Negara, tuan/puan adalah dengan ini dikehendaki hadir dalam siasatan tersebut dan menunjukkan sebab-sebab mengapa perintah tersebut tidak patut dibuat.