Jadual
JADUAL TANAH DAN KEPENTINGAN
No. H.S.(D) KA 1705/87. No. P.T.—68332. Mukim—Hulu Kinta, Daerah Kinta,
WARTA KERAJAAN NEGERI PERAK
450
[23hb Jun 2005
Negeri Perak. Pajakan—99 tahun-12/04/2086. Satu salinan hakmilik sahaja.
No. Pers.—7970/89, Jilid 3204, Folio 19.
Bertarikh 18 September 2003
[PP. 25445/1998/03]
t.t.
.......................................................
Setiausaha/Timbalan Setiausaha/
Ketua Penolong Setiausaha,
Bahagian Pinjaman Perumahan,
Perbendaharaan Malaysia,
(Pegawai yang ditetapkan oleh
Menteri Kewangan di bawah
Seksyen 5(1) Minister of Finance
(Incorporation) Ordinance 1957)
No. 643.
Kepada Anuar bin Yusoff (No. K.P.: Konst. 81816), beralamat di No. 80, Jalan
Golf 2, Taman Golf Heights, Ampangan, 70400 Seremban, penggadai di bawah gadaian yang diperihalkan dalam Jadual di bawah ini bagi tanah/bahagian yang tidak dipecahkan atas tanah/pajakan/pajakan kecil yang diperihalkan sedemikan.
Bahawasanya, kamu telah melakukan suatu pelanggaran terhadap peruntukan-peruntukan gadaian ini dengan meletak jawatan pada 1 Oktober 1995 dan oleh itu kamu telah melanggar syarat-syarat pinjaman menurut
Fasal 3(i) sebagaimana yang dinyatakan di dalam gadaian dan notis tuntutan peguamcara bertarikh 8 Julai 2000 dan kamu dituntut untuk membayar balik baki hutang pinjaman secara sekaligus. Dan kamu telah gagal untuk membuat bayaran kesemua baki hutang kamu berjumlah RM49,202.30 iaitu sehingga bulan Mei 2003 beserta faedah yang terakru.
Dan bahawasanya pelanggaran itu telah berterusan selama tempoh sekurang-kurangnya satu bulan sebelum tarikh notis ini.
Saya sebagai pemegang gadaian, menurut kuasa-kuasa yang diberi oleh seksyen 254 Kanun Tanah Negara, dengan ini mengkehendaki kamu supaya memulihkan pelanggaran itu dalam tempoh satu bulan dari tarikh penyampaian notis ini.
Dan ambil perhatian bahawa, jika kamu gagal memulihkan pelanggaran itu dalam tempoh tersebut, saya akan memohon suatu perintah jualan.