JADUAL TANAMAN PADI MUSIM 02/2005
UNIT PENGAIRAN SEBERANG PERAK
Bil.
Aktiviti
Blok A
Blok B
Blok C
Blok D
1.
Masuk air ke terusan raya 12.07.2005 12.07.2005 12.07.2005 12.07.2005 2.
Masuk ke terusan cabang kanan
–
–
–
–
3.
Masuk ke terusan cabang kiri 15.07.2005 15.07.2005 15.07.2005 12.07.2005 4.
Masuk air ke sawah I
29.07.2005 29.07.2005 22.07.2005 15.07.2005 5.
Menabur benih 05.08.2005 05.08.2005 29.07.2005 22.07.2005 6.
Buang air I
07.08.2005 07.08.2005 31.07.2005 24.07.2005 7.
Masuk air ke sawah II
17.08.2005 17.08.2005 10.08.2005 03.08.2005 8.
Buang air II
13.11.2005 13.11.2005 06.11.2005 30.10.2005 9.
Menuai 23.11.2005 23.11.2005 16.11.2005 09.11.2005
15hb Sept. 2005]
1113
ARAHAN KEPADA PENANAM PADI
1.
Tarikh-tarikh di atas hendaklah diikuti oleh tiap-tiap penanam padi bagi menjauhkan serangan-serangan dan musuh tanaman.
2.
Tiap-tiap penanam padi hendaklah membina, membaiki dan membuat batas-batas dengan tanah yang boleh menakung air dengan secukupnya di dalam bendang.
3.
Tiap-tiap bendang atau penanam padi hendaklah membersihkan saluran-saluran air setiap masa hingga masa mengetam sebagaimana diarahkan.
4.
Tiap-tiap penanam padi hendaklah sepanjang masa membunuh tikus-tikus dan lain-lain musuh tanaman serta membersihkan segala semak-semak yang berdekatan dengan ladang.
5.
Tiap-tiap penanam padi hendaklah menggunakan baja yang diakui oleh
Jabatan Pertanian dengan cara menggunakannya seperti yang dinasihatkan oleh Pegawai-Pegawai dari Jabatan Pertanian.
6.
Tiap-tiap penanam padi hendaklah mematuhi arahan-arahan di atas dan jika didapati penanam-penanam padi tiada menjalankan kerja-kerja yang dijadualkan di atas dengan memuaskan hati dalam tempoh dua (2) minggu dari tarikh yang tersebut, maka penanam padi itu boleh didakwa dalam
Mahkamah mengikut seksyen 37 Peraturan Tanah Negeri Perak 1966, mereka boleh dikenakan denda tidak lebih dari RM100.
00. Jika dapat dibuktikan bahawa kecuaian ini menyebabkan kerosakan kepada tuan-tuan tanah yang berhampiran dengan ini boleh dinaikkan sehingga
RM200.
00.
Bertarikh 3 Ogos 2005
[PTP.10/03-00-23/90 Jld. III (Bil. 57]
AHMAD KAMARUZZAMAN HAMZAH
Ketua Penolong Pegawai Daerah (Tanah)
Perak Tengah, Seri Iskandar