Jadual
JADUAL TANAH DAN KEPENTINGAN
Mukim—Batu. No. PT/Lot—8369. Jenis dan No. Hakmilik—HSM 7188. Bahagian
Tanah (jika ada)—Semua. No. Pendaftaran Gadaian (jika ada)—Per. 1879/94,
Jld. 134, Fol. 35.
Bertarikh 28 Februari 2003.
SAAD BIN ISMAIL,
[PTDG. 15/02/03 (Bt).]
Pentadbir Tanah,
Gombak
No. 465.
Kepada Siti Rosnani bt. Shihab yang beralamat 1A Jalan Daun Payung, Tamansoga,
83000 Batu Pahat, Johor, penggadai dalam gadaian yang tersebut dalam Jadual di bawah ini bagi tanah yang tersebut di dalamnya.
Bahawasanya saya telah menerima daripada pemegang gadai dalam gadaian yang tersebut suatu permohonan supaya perintah jual dikeluarkan di bawah seksyen 260(2) Kanun Tanah Negara.
Dan bahawasanya saya bercadang hendak mengadakan suatu siasatan berkenaan dengan permohonan tersebut di Pejabat Tanah Gombak, Bangunan Sultan Sulaiman,
Km 16 Jalan Rawang, 68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan pada hari
Selasa bertarikh 15 April 2003 jam 9.30 pagi.
WARTA KERAJAAN NEGERI SELANGOR
27hb Mac 2003]
313
Maka oleh yang demikian, menurut seksyen 261(c) Kanun Tanah Negara, tuan adalah dengan ini dikehendaki hadir dalam siasatan tersebut dan menunjukkan sebab-sebab mengapa perintah tersebut tidak patut dibuat.