Jadual
JADUAL TANAH DAN KEPENTINGAN
Mukim—Pekan Kg. Koh. Daerah—Manjung, Negeri Perak. No. Lot—1472.
Jenis dan No. Hakmilik—Pend 16599. Bahagian Tanah (jika ada)—Semua.
No. Berdaftar Gadaian (jika ada)—No. Pers 25400/1992 Jilid 4552 Folio 16.
Bertarikh 3 Oktober 2007
[PP: 21494/1991/03(77)]
t.t.
HJ MOHD ZAHARIL BIN KASIM
Timbalan Setiausaha
Bahagian Pinjaman Perumahan
Perbendaharaan Malaysia
(Pegawai yang ditetapkan oleh
Menteri Kewangan di bawah Seksyen 5(1))
Minister of Finance
(Incorporation) Ordinance, 1957
WARTA KERAJAAN NEGERI PERAK
8hb Mei 2008]
587
No. 633.
Kepada Asgar a/l Hup Bib (No. K.P.: 5684626) beralamat di No. 3, Mesjid
Tinggi, 34300 Bagan Serai, Perak penggadai di bawah gadaian yang diperihalkan dalam Jadual di bawah ini bagi tanah/bahagian yang tidak dipecahkan atas tanah/pajakan/pajakan kecil yang diperihalkan sedemikian.
Bahawasanya, kamu telah melakukan suatu pelanggaran terhadap peruntukan-peruntukan gadaian ini dengan Dibuang kerja pada 17 Januari 1992 dan oleh itu kamu telah melanggar syarat-syarat pinjaman menurut Fasal 3(i) sebagaimana yang dinyatakan di dalam gadaian dan notis tuntutan peguamcara bertarikh 5
Februari 2003. Dan kamu dituntut untuk membayar balik baki hutang pinjaman secara sekaligus. Dan kamu telah gagal untuk membuat kesemua baki hutang kamu RM57,015.44 iaitu baki hutang sehingga bulan Oktober 2004 beserta faedah yang terakru.
Dan bahawasanya pelanggaran itu telah berterusan selama tempoh sekurang-kurang satu bulan sebelum tarikh notis ini.
Saya sebagai pemegang gadaian, menurut kuasa-kuasa yang diberi oleh seksyen 254 Kanun Tanah Negara, dengan ini menghendaki kamu supaya memulihkan pelanggaran itu dalam tempoh satu bulan dari tarikh penyampaian notis ini.
Dan ambil perhatian bahawa, jika kamu gagal memulihkan pelanggaran itu dalam tempoh tersebut, saya akan memohon suatu perintah jualan.