Jadual
JADUAL TANAH DAN KEPENTINGAN
Mukim—Hulu Kelang. No. PT/Lot—9115. Jenis dan No. Hakmilik—H.S(M)
6547. Bahagian Tanah (jika ada)—Semua. No. Pendaftaran Gadaian (jika ada)—Per: 2096/97, Jld: 171, Folio 10.
Bertarikh 8 Mac 2001.
SAAD BIN ISMAIL,
[PTDG. 15/92/00 (H/Klg).]
Pentadbir Tanah Daerah,
Gombak
No. 537.
Kepada Yusof bin Merah yang beralamat 32 Persiaran Lima (B) Taman Bukit
Kemensah, 68000 Ulu Kelang, Selangor Darul Ehsan, penggadai dalam gadaian yang tersebut dalam Jadual di bawah ini bagi tanah yang tersebut di dalamnya.
Bahawasanya saya telah menerima daripada pemegang gadai dalam gadaian yang tersebut suatu permohonan supaya perintah jual dikeluarkan di bawah seksyen 260(2) Kanun Tanah Negara.
Dan bahawasanya saya bercadang hendak mengadakan suatu siasatan berkenaan dengan permohonan tersebut di Pejabat Tanah Gombak, Bangunan Sultan
Sulaiman, KM16 Jalan Rawang, 68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan pada hari Selasa bertarikh 15 Mei 2001 jam 9.30 pagi.
Maka oleh yang demikian, menurut seksyen 261(c) Kanun Tanah Negara, tuan adalah dengan ini dikehendaki hadir dalam siasatan tersebut dan menunjukkan sebab-sebab mengapa perintah tersebut tidak patut dibuat.