/akn/my-01/state_gazette/unknown/jgn017y2008/no-6464

Kepada Amanah Raya Berhad sebagai wakil diri kepada Ng Yin (si mati)

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Open source PDF
Type
State Subsidiary Legislation
Status
In force
Sections
1

Quick answer

About this state subsidiary legislation

Kepada Amanah Raya Berhad sebagai wakil diri kepada Ng Yin (si mati) is Malaysia State Subsidiary Legislation, cited as State Subsidiary Legislation No. 6464, currently marked in force.

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. Bahawasanya suatu perintah telah dibuat oleh Pentadbir Tanah Kluang supaya dijual tanah/pajakan/pajakan kecil yang tersebut itu sebagaimana Borang 16H, Kanun Tanah Negara bertarikh 12 September 2007 yang mana salinannya dilampirkan bersama-sama ini dan telah disiarkan di dalam Warta Kerajaan Negeri Johor No. 4448 bertarikh 6 Disember 2007. Pada tarikh penjualan yang dinyatakan di Borang itu, jualan telah ditangguhkan kerana tiada pembeli. Adalah dengan ini diberi notis bahawa penjualan selanjutnya akan diadakan secara lelong awam pada hari Khamis 11 September 2008 jam 10.15 pagi di Pejabat Tanah Kluang. 14hb Ogos 2008]4743
  2. WARTA KERAJAAN NEGERI JOHOR Harga yang serendah-rendahnya bagi maksud jualan itu ialah RM22,680.00 (Ringgit Malaysia Dua Puluh Dua Ribu Enam Ratus Lapan Puluh Sahaja) diturunkan 10% daripada harga asal. Penangkap lelong dikehendaki menyediakan Bank Draf sebanyak 10% dari harga rizab atau bersamaan RM2,268.00 (Ringgit Malaysia Dua Ribu Dua Ratus Enam Puluh Lapan Sahaja) di atas nama pemegang gadaian RHB Bank Berhad. Baki harga belian mestilah dijelaskan tidak lewat daripada 120 hari dari tarikh jualan iaitu tidak lewat dari 10 Januari 2009 dan sebarang perlanjutan masa tidak dibenarkan. Bahawa jumlah wang yang kena dibayar kepada pemegang gadaian pada tarikh jualan itu ialah RM38,707.69 setakat 12 September 2007. Ini tidak termasuk kos guaman dan pelelong.

Jadual

Suggest a correction

JADUAL TANAH DAN KEPENTINGAN

Daerah—Kluang. Mukim—Ulu Benut. No. P.T.D.—9946. Jenis dan No.

Hakmilik—H.S.(M) 4393 (Rumah Murah). Bahagian Tanah (jika ada)—Semua.

No. Berdaftar Pajakan/Pajakan Kecil (jika ada)—Tiada. No. Berdaftar

Gadaian (jika ada)—Perserahan No. 4610/1996, Jilid 87, Folio 74 bertarikh 27 Disember 1996.

Bertarikh 22 Julai 2008

[PTDK(PJ) 7/2003]

KHAIRULFAEZIN BIN ABU KASSIM

Penolong Pentadbir Tanah

Kluang

Kepada Amanah Raya Berhad sebagai wakil diri kepada Ng Yin (si mati) (No. 6464)