Jadual
JADUAL TANAH DAN KEPENTINGAN
Mukim—Chukai. Daerah—Kemaman. Negeri—Terengganu. No. P.T.—3876(P).
Jenis dan No. Hakmilik—H.S.(M) 4276. Bahagian Tanah (jika ada)—Semua.
No Berdaftar Gadaian (jika ada)—No. Perserahan 170/92; Folio 49; Jilid 1.
Bertarikh 9 Ogos 2005
NOR AZIAN YAHYA
[PP. 28745/91/03(75);
TSBR (K)
UG (PT) 2003/263(2)
Timbalan Setiausaha
Bahagian Pinjaman Perumahan
Perbendaharaan Malaysia
(Pegawai yang ditetapkan oleh Menteri
Kewangan di bawah Seksyen 5(1))
Minister of Finance (Incorporation) Ordinance 1957
Tandatangan (atau lain-lain cara penyempurnaan)
oleh atau bagi pihak pemegang gadaian
No. 391.
PEMBERITAHU LELONGAN AWAM
Adalah diberitahu kepada orang ramai iaitu Pejabat Tanah, Besut akan menjual lelong satu (1) tempat tanah kerajaan P.T. 534 di Kawasan Batu 11/2,
Mukim Keluang.
2. Lelongan ini akan dijalankan pada hari Isnin 26 Jun 2006 jam 9.30 pagi.
3. (a) Kenyataan Tanah:
Tempat
—
Batu 11/2.
Keluasan (sementara)
—
1004 meter persegi.
Jenis Penggunaan
—
Bangunan (Tapak Rumah).
Suratan Hakmilik
—
Pajakan Negeri 99 Tahun.
352
[25hb Mei 2006
Harga Tanah:
Harga permulaan lelong ialah sebanyak RM2,400.00.
Harga Tambahan:
Hasil Tahunan
—
RM 11.00
Bayaran Upah Ukur
—
RM200.00
Tanda Sempadan
—
Persediaan Pelan
—
RM
5.00
Persediaan dan Pendaftaran Hakmilik
—
Sementara
Persediaan dan Pendaftaran Hakmilik Kekal
—
Jumlah:
RM276.00
Syarat Nyata:
Hendaklah didirikan bangunan kediaman sahaja.
Dalam tempoh dua tahun daripada tarikh diberimilik atau di dalam satu tempoh lanjutan yang diluluskan oleh Pentadbir Tanah Besut hendaklah didirikan dan disiapkan dengan sempurna bangunan kediaman mengikut pelan yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa
Tempatan
Sekatan Kepentingan:
Tidak dibenarkan pindahmilik, digadai atau dipajak kecuali mendapat kebenaran Pentadbir Tanah, Besut.
4. Lelongan ini hendaklah dibuka kepada Orang Melayu sahaja mengikut taksiran di bawah Enakmen Tanah Simpan Bagi Orang-Orang Melayu 1360H.
5. Syarat-syarat melelong adalah sebagaimana yang ditetapkan dalam
Peraturan 26, Peraturan Tanah Terengganu, tahun 1966 seperti berikut:
Pentadbir Tanah berhak membatal atau menangguhkan jualan itu pada bila-bila masa sebelum diterima tawaran daripada penyambut-penyambut lelong.
Penyambut yang tinggi sekali itulah yang menjadi pembeli, asalkan tawarannya itu sama dengan atau lebih tinggi daripada harga khas.
Sebaik-baik sahaja tawarannya diterima maka hendaklah pembeli itu membayar cengkeram wang tunai kepada Pentadbir Tanah sebanyak dua puluh lima peratus (25%) daripada harga yang disambutnya bersekali dengan bayaran-bayaran tambahan yang tersebut di dalam perenggan 3
di atas dan sekiranya tidak disempurnakan sedemikian, tanah-tanah ini hendaklah dilelong semula dengan serta-merta.
25hb Mei 2006]
353
Wang pembelian itu hendaklah dijelaskan oleh pembeli sebelum berakhir urusan jual beli pada hari yang kesembilan puluh (90) daripada hari jualan tanah yang dibelinya itu dan dengan yang demikian selesai dan putuslah pembeliannya. Jika sekiranya tidak dibayar dengan sepenuhnya seperti yang tersebut itu maka hilanglah wang cengkeramnya, dapat kepada
Pihak Yang Berkuasa Negeri dan pembeli yang mungkir itu hilanglah segala tuntutannya kepada tanah itu atau sebarang bahagian daripada wang harganya sekiranya tanah itu dijual kemudian dengan sebab mungkirnya.
Surat-surat Milik Penyudah hendaklah didaftarkan dan dikeluarkan dengan seberapa segera setelah habis jualan itu. Jika tanah itu belum diukur oleh
Ketua Juruukur maka hendaklah dikeluarkan keterangan Hakmilik
Sementara.
Hendaklah diberimilik dengan serta-merta selepas sahaja didaftarkan Surat
Keterangan Milik Kekal atau keterangan Hakmilik Sementara.
6. Sesiapa yang hendak melihat pelan atau mengetahui lebih lanjut berkenaan tanah-tanah tersebut hendaklah datang ke Pejabat Tanah, Besut pada waktu pejabat dibuka.
PEJABAT TANAH BESUT.
Bertarikh 27 April 2006
MOHD. ISKANDAR BIN MUHAMMAD AZIZ
[PTG. Tr. 01/15/2005/0064;
b.p. Pentadbir Tanah
PTB. 06/17/1987/H.068]
Besut
AKTA PENGAMBILAN TANAH 1960
(Akta 486)