Jadual
JADUAL TANAH DAN KEPENTINGAN
Daerah—Kulaijaya. Mukim—Senai. No. P.T.D.—35136. Jenis dan No.
Hakmilik—H.S.(M) 1342. Bahagian Tanah (jika ada)—Semua Bahagian. No.
Berdaftar Pajakan/Pajakan Kecil (jika ada)—Tiada. No. Berdaftar Gadaian (jika ada)—Perserahan No. 522/1996, Jilid 29, Folio 57 bertarikh 14 Februari 1996.
Bertarikh 7 Ogos 2008
[K(PEN) 35/2008]
MUHAMMAD SHAHRIL AZIZI BIN ABD. GAPAR
Penolong Pentadbir Tanah
Kulaijaya
No. 6674.
Kepada Lau Ben Seng yang beralamat di No. 65, Jalan Bandar Baru 4, Taman
Benut Jaya, 82200 Benut dan No. 19, Jalan Anggerik 5/8, Taman Anggerik, 81200
Johor Bahru penggadai dalam gadaian yang tersebut dalam Jadual di bawah ini bagi tanah yang tersebut di dalamnya.
Bahawasanya saya telah menerima daripada pemegang gadaian dalam gadaian yang tersebut, suatu permohonan supaya perintah jual dikeluarkan di bawah subseksyen 260(2), Kanun Tanah Negara.
Dan bahawasanya saya bercadang hendak mengadakan suatu siasatan berkenaan dengan permohonan tersebut di Pejabat Tanah Daerah Kluang pada hari Rabu 22 Oktober 2008 jam 10.30 pagi.
Maka oleh yang demikian menurut perenggan 261(2)(c) Kanun Tanah
Negara, tuan adalah dengan ini dikehendaki hadir dalam siasatan tersebut dan menunjukkan sebab-sebab mengapa perintah tersebut tidak patut dibuat.
4926
[28hb Ogos 2008
WARTA KERAJAAN NEGERI JOHOR