Jadual
JADUAL TANAH DAN KEPENTINGAN
Daerah—Batu Pahat. Bandar/Pekan/Mukim—Simpang Kanan. No. P.T.D.—43526.
Jenis dan No. Hakmilik—H.S.(M) 5504. Bahagian Tanah (jika ada)—Semua.
No. Berdaftar Pajakan/Pajakan Kecil (jika ada)—Tiada. No. Berdaftar Gadaian
(jika ada)—Perserahan No. 1300/2004 bertarikh 15 Mac 2004.
Bertarikh 23 Januari 2007
[(18)dlm.PTDBP 4/SC/51/2006]
MOHD. HELMI BIN HAJI SHA’RI
Pentadbir Tanah
Batu Pahat
No. 810.
Kepada Tetuan Jamuri Sdn. Bhd. yang beralamat di No. 91, Jalan Terus, 80000
Johor Bahru dan No. 6A, Jalan Merah, Taman Bukit Pasir, 83000 Batu Pahat penggadai dalam gadaian yang tersebut dalam Jadual di bawah ini bagi tanah/
pajakan/pajakan kecil sebagaimana yang tersebut di dalamnya.
Bahawasanya saya telah menerima daripada pemegang gadaian dalam gadaian yang tersebut, suatu permohonan supaya perintah jual dikeluarkan di bawah subseksyen 260(2), Kanun Tanah Negara.
Adalah diberi notis bahawa saya bercadang untuk mengadakan satu siasatan berkenaan dengan permohonan pemegang gadaian tersebut di Pejabat Tanah
Batu Pahat, Johor pada 6 Mac 2007 jam 10.30 pagi.
Maka oleh yang demikian, menurut subseksyen 261(1) Kanun Tanah Negara, tuan adalah dengan ini dikehendaki hadir dalam siasatan tersebut dan menunjukkan sebab-sebab mengapa perintah tersebut tidak patut dibuat.