Jadual
JADUAL TANAH DAN HUTANG-HUTANG
Jenis dan No. Hakmilik—Geran First Grade No. 25831; No. Lot/P.T.—2207,
Georgetown, PB 6 Daerah Timur Laut, Pulau Pinang; Hasil Tahun Ini—1999
RM1,562.00; Hutang Dari Tahun-tahun Yang Lepas—1972–1998 RM17,631.50;
Bayaran Dan Lain-lain Yang Dikenakan Sebagai Hasil—Denda Lewat 1972–1999
RM32,066.21; Bayaran-bayaran terhutang—Notis 6A RM10.00; Jumlah Kena
Dibayar—RM51,269.
71.
TAMBAHAN
Kepada Fatimah binti Shamsuddin yang beralamat di tidak boleh dikesan pengkaveat.
Sekiranya tuan/puan ada sebab mempercayai bahawa tuanpunya bagi tanah yang dijadualkan di atas itu dan yang atasnya tuan/puan ada hak mempunyai atau menuntut sesuatu kepentingan akan mungkir daripada membayar wang-wang yang sekarang ini ditetapkan sebagai kena dibayar berkenaan dengannya maka tuan/puan boleh mengelakkan tanah itu daripada dirampas dengan membayar sepenuhnya kepada
Pentadbir Tanah, dalam tempoh yang dinyatakan itu, jumlah wang yang kena dibayar berkenaan dengan tanah itu.
Dan lagi adalah diberi notis bahawa (dengan tidak melemahkan apa-apa hak di bawah seksyen itu untuk mendakwa tuanpunya itu secara terus) menurut kuasa peruntukan-peruntukan seksyen 98, Kanun Tanah Negara, hak-hak istimewa bagi mendapat balik bayaran-bayaran adalah seperti berikut—
apa-apa wang yang dibayar oleh pemegang gadai hendaklah ditambahkan kepada bayaran yang pertama yang kena dibayar kemudian daripadanya atas gadaian itu;
WARTA KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG
15 18 Jan. 2001]
apa-apa wang yang dibayar oleh pemajak, pemajak kecil ataupun penyewa boleh didapatkan balik dengan memotong jumlah wang itu daripada apa-apa sewa yang ia kena membayar pada masa itu atau kemudian daripada itu kepada tuanpunya tanah itu atau kepada sesiapa yang daripadanya tanah itu dipegang;
seseorang pemajak, pemajak kecil atau penyewayang menanggung apa-apa tanggungan tambahan atau apa-apa potongan menurut seksyen itu boleh mendapat balik jumlah wang yang ditanggung atau dipotong itu dengan membuat potongan sejumlah itu juga daripada jumlah bayaran sewa yang kena dibayar olehnya.
Bertarikh 22 Disember 2000.
[(99) dlm. PTTL/F/14/1/228.]
MARLIA BINTI MOHD. BELIA,
Penolong Pentadbir Tanah,
Daerah Timur Laut,
Pulau Pinang
CAWANGAN ALOR SETAR
(Pencetak kepada Kerajaan Malaysia yang dilantik).