Jadual
JADUAL TANAH DAN KEPENTINGAN
Bandar/Pekan/Mukim—Kuala Kuantan. No. Lot—75 Sek 35. Jenis dan
No. Hakmilik—G.M. 13859. Bahagian Tanah (jika ada)—Semua. No. Berdaftar
Gadaian—No. Perserahan 4129/2002 (Satu (1) Hakmilik sahaja).
Bertarikh 5 September 2005
KHAIRUN NISSA BINTI ARIS
[PTK. 4.5.1.3531]
b.p. Pentadbir Tanah Daerah
Kuantan
WARTA KERAJAAN NEGERI PAHANG
27hb Okt. 2005]
849
No. 943.
Kepada Fairuz Abd Rauf dan Khasniza binti Mukhtaruddin yang beralamat 31 Lorong IM 2/71, Bandar Indera Mahkota, 25200 Kuantan, penggadai dalam gadaian yang tersebut dalam Jadual di bawah ini bagi tanah/pajakan/pajakan kecil yang tersebut di dalamnya.
Bahawasanya saya telah menerima daripada pemegang gadai dalam gadaian yang tersebut suatu permohonan supaya perintah jual dikeluarkan di bawah subseksyen 260(2) Kanun Tanah Negara.
Dan bahawasanya saya bercadang hendak mengadakan suatu siasatan berkenaan dengan permohonan tersebut di Pejabat Tanah Kuantan pada hari Selasa 29 November 2005 jam 2.45 petang.
Maka oleh yang demikian, menurut perenggan 261(1)(c) Kanun Tanah Negara, tuan/puan adalah dengan ini dikehendaki hadir dalam siasatan tersebut dan menunjukkan sebab-sebab mengapa perintah tersebut tidak patut dibuat.