Jadual
JADUAL TANAH DAN KEPENTINGAN
Daerah—Johor Bahru. Mukim—Tanjung Kupang. No. Lot—979. Jenis dan No.
Hakmilik—G.M. 562. Bahagian Tanah (jika ada)—Semua Bahagian. No. Berdaftar
Pajakan/Pajakan Kecil (jika ada)—Tiada. No. Berdaftar Gadaian (jika ada)—
Perserahan No. 867/97, Jilid 54, Folio 19 bertarikh 30 Ogos 1997.
Bertarikh 24 Mac 2006
PTDJB(L) 7/2006
Penolong Pentadbir Tanah
Johor Bahru
1028
[27hb April 2006
WARTA KERAJAAN NEGERI JOHOR
No. 970.
Kepada Ghazali bin Husain dan Kasidah bt Kassim yang beralamat di No. 14,
Jalan Pengkalan 14, Taman Pasir Mas, 81700 Pasir Gudang, Johor penggadai dalam gadaian yang tersebut dalam Jadual di bawah ini bagi tanah yang tersebut di dalamnya.
Bahawasanya saya telah menerima daripada pemegang gadaian dalam gadaian yang tersebut, suatu permohonan supaya perintah jual dikeluarkan di bawah subseksyen 260(2), Kanun Tanah Negara, 1965.
Dan bahawasanya saya akan mengadakan suatu siasatan berkenaan dengan permohonan tersebut di Pejabat Tanah Daerah, Jalan Datin Halimah, Johor
Bahru pada 9 Mei 2006 jam 10.30 pagi.
Maka oleh yang demikian, menurut perenggan 261(c)(i) Kanun Tanah Negara,
1965 tuan-puan adalah dengan ini dikehendaki hadir dalam siasatan tersebut dan menunjukkan sebab-sebab mengapa perintah jualan tidak patut dibuat.