Jadual
JADUAL TANAH DAN KEPENTINGAN
Mukim—Rantau, Negeri Sembilan. No. Lot—12987. Jenis dan No. Hakmilik—
H.S.(D) 48504. Bahagian Tanah (jika ada)—Semua. No. Berdaftar Gadaian
(jika ada)—Pers. 19255/91, Folio 91, Jilid 864. Satu (1) Hakmilik sahaja.
Bertarikh 28 Julai 2003
Ketua Penolong Setiausaha
[PP: 23543/1991/03]
Bahagian Pinjaman Perumahan
Perbendaharaan Malaysia
(Pegawai yang ditetapkan oleh
Menteri Kewangan di bawah seksyen 5(1) Minister of Finance
(Incorporation) Ordinance 1957)
WARTA KERAJAAN NEGERI SEMBILAN
[23hb Okt. 2003 956
No. 672.
Kepada Mohd Khalib bin Mohd Said (KP. 5453582) beralamat di 4644 Jalan
SJ 4/4, Taman Seremban Jaya, 70450 Seremban, Negeri Sembilan, penggadai di bawah gadaian yang diperihalkan dalam Jadual di bawah ini bagi tanah/
bahagian yang tidak dipecahkan atas tanah/pajakan/pajakan kecil yang diperihalkan sedemikian.
Bahawasanya, kamu telah melakukan suatu pelanggaran terhadap peruntukan-peruntukan gadaian ini dengan Tamat Perkhidmatan pada 13 Mac 1996 dan tidak membuat bayaran balik ansuran pinjaman sebagaimana yang ditetapkan dalam gadaian dari Julai 1997 hingga September 2003 jumlah tunggakan tersebut ialah sebanyak RM19,466.
25. Oleh itu kamu telah melanggar syarat-syarat pinjaman menurut fasal 3(a) sebagaimana yang dinyatakan di dalam gadaian dan notis tuntutan peguamcara bertarikh pada 20 Mei 2002. Dan kamu telah gagal membuat bayaran kesemua baki hutang berjumlah RM58,302.10 iaitu baki sehingga bulan September 2003 berserta faedah yang terakru.
Dan bahawasanya pelanggaran itu telah berterusan selama tempoh sekurang-kurangnya satu bulan sebelum tarikh notis ini.
Saya sebagai pemegang gadaian, menurut kuasa-kuasa yang diberi oleh seksyen 254 Kanun Tanah Negara, dengan ini mengkehendaki kamu supaya memulihkan pelanggaran itu dalam tempoh satu bulan dari tarikh pengisytiharan Warta ini.
Dan ambil perhatian, jika kamu ingkar memulihkan pelanggaran itu dalam tempoh tersebut, saya akan memohon suatu perintah jualan.