Jadual
JADUAL TANAH DAN KEPENTINGAN
Daerah—Kluang. Mukim—Ulu Benut. No. Lot—7989. Jenis dan No. Hakmilik—
G.M. 184 (Rumah Teres 2 Tingkat). Bahagian Tanah (jika ada)—Semua. No.
Berdaftar Pajakan/Pajakan Kecil (jika ada)—Tiada. No. Berdaftar Gadaian
(jika ada)—Perserahan No. 3703/2003 bertarikh 24 November 2003.
Bertarikh 23 Julai 2008
[PTDK(PJ) 50/2007]
KHAIRULFAEZIN BIN ABU KASSIM
Penolong Pentadbir Tanah
Kluang
No. 6469.
Kepada Encik Harmaimi bin Hussin beralamat di No. 12D, Jalan Muar,
Simpang Lima, 83000 Bagan, Batu Pahat, Johor penggadai dalam gadaian yang tersebut dalam Jadual di bawah ini bagi tanah/pajakan/pajakan kecil yang tersebut itu.
Bahawasanya suatu perintah telah dibuat oleh Pentadbir Tanah Batu Pahat supaya dijual tanah/pajakan/pajakan kecil yang tersebut itu sebagaimana Borang 16H, Kanun Tanah Negara bertarikh 26 Julai 2007 telah pun dikeluarkan.
Pada tarikh penjualan yang dinyatakan di borang itu, lelongan awam yang telah dijalankan pada 31 Oktober 2007 tidak berjaya kerana tiada pembida.
Adalah dengan ini diberi notis bahawa penjualan selanjutnya akan diadakan secara lelong awam pada 24 September 2008 jam 10.00 pagi di hadapan
Pejabat Tanah Batu Pahat.
Harga yang serendah-rendahnya bagi maksud jualan itu ialah RM130,500.00
(Ringgit Malaysia Satu Ratus Tiga Puluh Ribu Lima Ratus Sahaja).
Bahawa jumlah wang yang kena dibayar kepada pemegang gadaian pada tarikh jualan itu ialah RM130,160.40 setakat 31 Oktober 2007.