Jadual
JADUAL TANAH DAN KEPENTINGAN
Bandar/Pekan/Mukim—Ulu Kinta. No. P.T.—2176. Jenis dan No. Hakmilik—
H.S.(M) 201/75. Bahagian Tanah (jika ada)—Semua bhg. No. Berdaftar Gadaian
(jika ada)—Perserahan: 1240/2005.
Bertarikh 13 Jun 2008
[PTK(I) 7/7/2008 SJ. 36]
HAMZAH BIN ABDUL RAHMAN
Pentadbir Tanah Daerah
Kinta
No. 1054.
Kepada Tan Swee Gao, yang beralamat di No. 66, Jalan 22, Taman Seraya,
68000 Ampang, penggadai dalam gadaian yang tersebut dalam Jadual di bawah ini bagi tanah/pajakan/pajakan kecil sebagaimana yang tersebut di dalamnya.
Bahawasanya saya telah menerima daripada pemegang gadai dalam gadaian yang tersebut suatu permohonan supaya perintah jual dikeluarkan di bawah seksyen 260(2) Kanun Tanah Negara.
Dan bahawasanya bahawa saya bercadang hendak mengadakan suatu siasatan berkenaan dengan permohonan tersebut di Aras Bawah, Pejabat Tanah Kinta,
Batu Gajah, pada hari Rabu, 3 September 2008, jam 10.00 pagi.
Maka oleh yang demikian, menurut seksyen 261(1)(c) Kanun Tanah Negara tuan/puan adalah dengan ini dikehendaki hadir dalam siasatan tersebut dan menunjukkan sebab-sebab mengapa perintah tersebut tidak patut dibuat.