Jadual
JADUAL TANAH DAN KEPENTINGAN
Bandar/Pekan/Mukim—Kuala Kuantan. No. PT.—2485. Jenis dan No. Hakmilik—
HS(M) 2079. Bahagian Tanah (jika ada)—Semua Bahagian. No. Berdaftar Gadaian
(jika ada)—Pers.: 497/97, Jilid 375, Folio 47. (Satu (1) Hakmilik sahaja).
Bertarikh 15 Oktober 2001.
Pentadbir Tanah Daerah,
[PTK. 4/5/1/2874.]
Kuantan
No. 686.
Kepada Encik Zaidi bin Omar yang beralamat di 2 Lorong IM 2/56, Indera
Mahkota, 25200 Kuantan, Pahang Darul Makmur, penggadai dalam gadaian yang tersebut dalam Jadual di bawah ini bagi tanah yang tersebut di dalamnya.
Bahawasanya saya telah menerima daripada pemegang gadai dalam gadaian yang tersebut suatu permohonan supaya perintah jual dikeluarkan di bawah seksyen 260(2) Kanun Tanah Negara.
Dan bahawasanya saya bercadang hendak mengadakan suatu siasatan berkenaan dengan permohonan tersebut di Pejabat Tanah, Kuantan pada hari Selasa 15 Januari 2002 jam 2.30 petang.
WARTA KERAJAAN NEGERI PAHANG
22hb Nov. 2001]
505
Maka oleh yang demikian, menurut seksyen 261(1)(c) Kanun Tanah Negara tuan adalah dengan ini dikehendaki hadir dalam siasatan dan menunjukkan sebab-sebab mengapa perintah tersebut tidak patut dibuat.