Jadual
JADUAL TANAH DAN KEPENTINGAN
Mukim—Bentong. No. Lot—6999. Jenis dan No. Hakmilik—HS(M) 2498.
Bahagian Tanah (jika ada)—Semua. No. Berdaftar Gadaian (jika ada)—Pers.
1375/96, Jilid 55, Folio 40. Satu (1) Hakmilik sahaja.
Bertarikh 29 Oktober 2001.
SYED MOHD NOR BIN SYED JAAFAR,
[P.T. Btg. 5/B/328.]
Pentadbir Tanah Daerah,
Bentong
No. 745.
Kepada Mohd Lutfi bin Daim, yang beralamat di 11 Jalan Tas Ria 2, Taman
Tas Ria 2, Jalan Gambang, 25500 Kuantan, Pahang Darul Makmur, penggadai dalam gadaian yang tersebut dalam Jadual di bawah ini bagi tanah yang tersebut di dalamnya.
Bahawa saya telah menerima daripada pemegang gadai dalam gadaian yang tersebut suatu permohonan supaya perintah jual dikeluarkan di bawah seksyen 260(2) Kanun Tanah Negara.
Dan bahawasanya saya bercadang hendak mengadakan suatu siasatan berkenaan dengan permohonan tersebut di Pejabat Tanah, Kuantan pada hari Rabu 23 Januari 2002 jam 3.00 petang.
Maka oleh yang demikian, menurut seksyen 261(1)(c) Kanun Tanah Negara tuan adalah dengan ini dikehendaki hadir dalam siasatan tersebut dan menunjukkan sebab-sebab mengapa perintah tersebut tidak patut dibuat.