/akn/my-06/state_gazette/unknown/phggn016y2002/no-679

Kepada Sha Sendirian Berhad, tuanpunya tanah/tanah-tanah yang tersebut dalam

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Open source PDF
Type
State Subsidiary Legislation
Status
In force
Sections
1

Quick answer

About this state subsidiary legislation

Kepada Sha Sendirian Berhad, tuanpunya tanah/tanah-tanah yang tersebut dalam is Malaysia State Subsidiary Legislation, cited as State Subsidiary Legislation No. 679, currently marked in force.

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. Bahawasanya hasil yang dikenakan bagi tanah/tanah-tanah yang tersebut dan yang kena dibayar bagi tahun ini telah tidak dibayar dan adalah terhutang mulai dari 1 Jun 2002. Tuan/puan adalah dengan ini dikehendaki, dalam tempoh tiga bulan dari tarikh notis ini disampaikan, supaya membayar di Pejabat Tanah daerah ini di Bentong segala wang yang sekarang ini kena dibayar sebagaimana yang tercatat dalam ruangan tiga hingga enam dalam Jadual itu dan yang dijumlahkan dalam ruangan akhirnya. WARTA KERAJAAN NEGERI PAHANG 1hb Ogos 2002] 601 Dan lagi adalah diberi notis bahawa, jika jumlah/mana-mana daripada jumlah yang dinyatakan di ruangan akhir itu tidak dibayar dengan sepenuhnya dalam tempoh tiga bulan yang tersebut itu, maka saya yang bertandatangan di bawah ini, menurut kuasa-kuasa yang diberi oleh seksyen 100 Kanun Tanah Negara, akan mengisytiharkan dengan jalan perintah tanah/tanah-tanah yang berkenaan itu dirampas dan menjadi hak Pihak Berkuasa Negeri.

Jadual

Suggest a correction

JADUAL TANAH DAN HUTANG-HUTANG

Jenis dan

No. P.T.

Hasil

Hutang

Bayaran dll.

Bayaran-Jumlah kena

No.

tahun dari tahun-yang dikenakan bayaran dibayar

Hakmilik ini tahun yang sebagai terhutang lepas hasil

(1)

(2)

(3)

(4)

(5)

(6)

(7)

HSD

(1981-2001)

1794 1637 30.00 480.00 545.00 20.00 1,075.00

Bentong

Bertarikh 28 Jun 2002.

ZAINAL BIN ABIDIN,

[P.T. Btg. 10/B/316/SJ 39.]

Penolong Pentadbir Tanah Daerah,

Bentong

TAMBAHAN

Kepada Lee Wah Bank Limited yang beralamat di Bentong, Pemegang gadai/

pemegang pajak/pemegang pajak kecil/Penyewa/pemegang lien/pengkaveat/

Pemegang isemen.

Sekiranya tuan/puan ada sebab mempercayai bahawa tuanpunya bagi tanah yang dijadualkan di atas itu dan yang atasnya tuan/puan ada hak mempunyai atau menuntut sesuatu kepentingan akan mungkir daripada membayar wang-wang yang sekarang ini ditetapkan sebagai kena dibayar berkenaan dengannya maka tuan/puan boleh mengelakkan tanah itu daripada dirampas dengan membayar sepenuhnya kepada Pentadbir Tanah, dalam tempoh yang dinyatakan itu, jumlah wang yang kena dibayar berkenaan dengan tanah itu.

Dan lagi adalah diberi notis bahawa (dengan tidak melemahkan apa-apa hak di bawah seksyen itu untuk mendakwa tuanpunya itu secara terus) menurut kuasa peruntukan-peruntukan seksyen 98 Kanun Tanah Negara, hak-hak istimewa bagi mendapat balik bayaran-bayaran adalah seperti berikut:

(a)

apa-apa wang yang dibayar oleh pemegang gadai hendaklah ditambahkan kepada bayaran yang pertama yang kena dibayar kemudian daripadanya atas gadaian itu;

(b)

apa-apa wang yang dibayar oleh pemajak, pemajak kecil ataupun penyewa boleh didapatkan balik dengan memotong jumlah wang itu daripada apa-apa sewa yang ia kena membayar pada masa itu atau kemudian daripada itu kepada tuanpunya tanah itu atau kepada sesiapa yang daripadanya tanah itu dipegang;

WARTA KERAJAAN NEGERI PAHANG

[1hb Ogos 2002 602

(c)

seseorang pemajak, pemajak kecil atau penyewa yang menanggung apa-apa tanggungan tambahan atau apa-apa potongan menurut seksyen itu boleh mendapat balik jumlah wang yang ditanggung atau dipotong dengan membuat potongan sejumlah itu juga daripada jumlah bayaran sewa yang kena dibayar olehnya.

Bertarikh Jun 2002.

Pentadbir Tanah Daerah,

Bentong

Kepada Sha Sendirian Berhad, tuanpunya tanah/tanah-tanah yang tersebut dalam (No. 679)