/akn/my-01/state_gazette/unknown/jgn001y2005/no-64

Kepada Tan Teng Huat beralamat di No. 63, Kg. Serkat, 82300 Kukup, Pontian

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Open source PDF
Type
State Subsidiary Legislation
Status
In force
Sections
1

Quick answer

About this state subsidiary legislation

Kepada Tan Teng Huat beralamat di No. 63, Kg. Serkat, 82300 Kukup, Pontian is Malaysia State Subsidiary Legislation, cited as State Subsidiary Legislation No. 64, currently marked in force.

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. Bahawasanya suatu perintah telah dibuat oleh Pentadbir Tanah Pontian supaya dijual tanah/pajakan/pajakan kecil yang tersebut itu sebagaimana Borang 16H, Kanun Tanah Negara bertarikh 22 April 2004 yang mana salinannya dilampirkan bersama-sama ini dan telah disiarkan di dalam Warta Kerajaan Negeri Johor No. 1868 bertarikh 23 September 2004. Pada tarikh penjualan yang dinyatakan di Borang itu, jualan telah ditangguhkan atas arahan Penolong Pentadbir Tanah, Pontian. Adalah dengan ini diberi notis bahawa penjualan selanjutnya akan diadakan secara lelong awam pada 22 Mac 2005, jam 11.00 pagi di Pejabat Tanah Daerah Pontian. Harga yang serendah-rendahnya bagi maksud jualan itu ialah RM225,000.00 (Ringgit Malaysia Dua Ratus Dua Puluh Lima Ribu Sahaja). Penangkap Lelong dikehendaki menyediakan Bank Draf sebanyak 10% dari harga rizab atau bersamaan dengan RM22,500.00 (Ringgit Malaysia Dua Puluh Dua Ribu Lima Ratus Sahaja). Bahawa jumlah wang yang kena dibayar kepada pemegang gadaian iaitu Southern Finance Berhad pada tarikh jualan itu ialah RM678,590.80 setakat 22 April 2004.

Jadual

Suggest a correction

JADUAL TANAH DAN KEPENTINGAN

Daerah—Pontian. Mukim—Serkat. No. Lot—707 dan 710. Jenis dan No.

Hakmilik—E.M.R. 424 dan E.M.R. 425. Bahagian Tanah (jika ada)—Semua.

No. Berdaftar Pajakan/Pajakan Kecil (jika ada)—Tiada. No. Berdaftar Gadaian

(jika ada)—Perserahan No. 1757/1996, Jilid 93, Folio 94 bertarikh 16 Jun 1995.

Bertarikh 15 Disember 2004

[PTDP/13/97/2000]

AZURAWATI BINTI WAHID

Penolong Pentadbir Tanah

Pontian

Kepada Tan Teng Huat beralamat di No. 63, Kg. Serkat, 82300 Kukup, Pontian (No. 64)