Jadual
JADUAL TANAH DAN KEPENTINGAN
No. H.S.(D) 23773. No. P.T.—122301. Mukim—Hulu Kinta, Daerah Kinta,
Negeri Perak. Pajakan—99 tahun-18/1/2092. Satu salinan hakmilik sahaja.
No. Pers.—20209/95, Jilid 6361, Folio 22.
Bertarikh 13 Oktober 2003
[PP. 15582/94/3]
t.t.
.......................................................
Setiausaha/Timbalan Setiausaha/
Ketua Penolong Setiausaha,
Bahagian Pinjaman Perumahan,
Perbendaharaan Malaysia,
(Pegawai yang ditetapkan oleh
Menteri Kewangan di bawah
Seksyen 5(1) Minister of Finance
(Incorporation) Ordinance 1957)
No. 657.
Kepada Nor Fasharul bin Shaharudin (No. K.P.: A1959578), beralamat di
No. Lot 4646, Kpg Tersusun, Bt 6, 31150 Ulu Kinta, penggadai di bawah gadaian yang diperihalkan dalam Jadual di bawah ini bagi tanah/bahagian yang tidak dipecahkan atas tanah/pajakan/pajakan kecil yang diperihalkan sedemikan.
Bahawasanya, kamu telah melakukan suatu pelanggaran terhadap peruntukan-peruntukan gadaian ini dengan ditamatkan perkhidmatan pada 24 Jun 1994 dan oleh itu kamu telah melanggar syarat-syarat pinjaman menurut Fasal 3(i) sebagaimana yang dinyatakan di dalam gadaian dan notis tuntutan peguamcara bertarikh 8 April 2003. Dan kamu dituntut untuk membayar balik baki hutang pinjaman secara sekaligus. Dan kamu telah gagal untuk membuat kesemua baki hutang kamu berjumlah RM52,444.10
iaitu baki sehingga bulan September 2004 beserta faedah yang terakru.
Dan bahawasanya pelanggaran itu telah berterusan selama tempoh sekurang-kurangnya satu bulan sebelum tarikh notis ini.
Saya sebagai pemegang gadaian, menurut kuasa-kuasa yang diberi oleh seksyen 254 Kanun Tanah Negara, dengan ini mengkehendaki kamu supaya memulihkan pelanggaran itu dalam tempoh satu bulan dari tarikh penyampaian notis ini.
Dan ambil perhatian bahawa, jika kamu gagal memulihkan pelanggaran itu dalam tempoh tersebut, saya akan memohon suatu perintah jualan.