/akn/my-06/state_gazette/unknown/phggn002y2002/no-76

Kepada Wan Abdul Rahman bin Haji Wan Hitam (KP. 0931078) yang beralamat

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Open source PDF
Type
State Subsidiary Legislation
Status
In force
Sections
1

Quick answer

About this state subsidiary legislation

Kepada Wan Abdul Rahman bin Haji Wan Hitam (KP. 0931078) yang beralamat is Malaysia State Subsidiary Legislation, cited as State Subsidiary Legislation No. 76, currently marked in force.

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. Bahawasanya hasil yang dikenakan bagi tanah yang tersebut dan yang kena dibayar bagi tahun ini telah tidak dibayar dan adalah terhutang mulai dari 1 Jun. Tuan/puan adalah dengan ini dikehendaki, dalam tempoh tiga bulan dari tarikh notis ini disampaikan, supaya membayar di Pejabat Tanah daerah ini segala wang yang sekarang ini kena dibayar sebagaimana yang tercatat dalam ruangan tiga hingga enam dalam Jadual itu dan yang dijumlahkan dalam ruangan akhirnya. Dan lagi adalah diberi notis bahawa, jika jumlah yang dinyatakan di ruangan akhir itu tidak dibayar dengan sepenuhnya dalam tempoh tiga bulan yang tersebut itu, maka saya yang bertandatangan di bawah ini, menurut kuasa-kuasa yang diberi oleh seksyen 100 Kanun Tanah Negara, akan mengisytiharkan dengan jalan perintah tanah yang berkenaan itu dirampas dan menjadi hak Pihakberkuasa Negeri. WARTA KERAJAAN NEGERI PAHANG 17hb Jan. 2002] 57

Jadual

Suggest a correction

JADUAL TANAH DAN HUTANG-HUTANG

Jenis dan

No. Lot

Hasil

Hutang

Bayaran dll.

Bayaran-Jumlah

No.

tahun dari tahun-yang dikenakan bayaran kena

Hakmilik ini tahun yang sebagai hasil terhutang dibayar lepas

(1)

(2)

(3)

(4)

(5)

(6)

(7)

HSM

(1997)

(1980-1996)

332 1880 240.00 3,360.00 4,460.00 10.00 8,070.00

(Mukim

Beserah)

Bertarikh 6 Oktober 1997.

Pentadbir Tanah Daerah,

[PTK 5/3/440.]

Kuantan

TAMBAHAN

Kepada Bank Bumiputra Malaysia Berhad, yang beralamat di Lot 32, Jalan

Bank, 25000 Kuantan, Pemegang gadai.

Sekiranya tuan/puan ada sebab mempercayai bahawa tuanpunya bagi tanah yang dijadualkan di atas itu dan yang atasnya tuan/puan ada hak mempunyai atau menuntut sesuatu kepentingan akan mungkir daripada membayar wang-wang yang sekarang ini ditetapkan sebagai kena dibayar berkenaan dengannya maka tuan/puan boleh mengelakkan tanah itu daripada dirampas dengan membayar sepenuhnya kepada Pentadbir Tanah, dalam tempoh yang dinyatakan itu, jumlah wang yang kena dibayar berkenaan dengan tanah itu.

Dan lagi adalah diberi notis bahawa (dengan tidak melemahkan apa-apa hak di bawah seksyen itu untuk mendakwa tuanpunya itu secara terus) menurut kuasa peruntukan-peruntukan seksyen 98 Kanun Tanah Negara, hak-hak istimewa bagi mendapat balik bayaran-bayaran adalah seperti berikut—

(a)

apa-apa wang yang dibayar oleh pemegang gadai hendaklah ditambahkan kepada bayaran yang pertama yang kena dibayar kemudian daripadanya atas gadaian itu;

(b)

apa-apa wang yang dibayar oleh pemajak, pemajak kecil ataupun penyewa boleh didapatkan balik dengan memotong jumlah wang itu daripada apa-apa sewa yang ia kena membayar pada masa itu atau kemudian daripada itu kepada tuanpunya tanah itu atau kepada sesiapa yang daripadanya tanah itu dipegang;

(c)

seseorang pemajak, pemajak kecil atau penyewa yang menanggung apa-apa tanggungan tambahan atau apa-apa potongan menurut seksyen itu boleh mendapat balik jumlah wang yang ditanggung atau dipotong itu dengan membuat potongan sejumlah itu juga daripada jumlah bayaran sewa yang kena dibayar olehnya.

Bertarikh 6 Oktober 1997.

Pentadbir Tanah Daerah,

Kuantan

WARTA KERAJAAN NEGERI PAHANG

[17hb Jan. 2002 58

Kepada Wan Abdul Rahman bin Haji Wan Hitam (KP. 0931078) yang beralamat (No. 76)