/akn/my-01/state_gazette/unknown/jgn021y2008/no-7322

Kepada Zik Yik Sofa Industries Sdn. Bhd. yang beralamat di Lot 2395,

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Open source PDF
Type
State Subsidiary Legislation
Status
In force
Sections
1

Quick answer

About this state subsidiary legislation

Kepada Zik Yik Sofa Industries Sdn. Bhd. yang beralamat di Lot 2395, is Malaysia State Subsidiary Legislation, cited as State Subsidiary Legislation No. 7322, currently marked in force.

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. Bahawasanya suatu perintah telah dibuat oleh Pentadbir Tanah Pontian supaya dijual tanah/pajakan/pajakan kecil yang tersebut itu sebagaimana Borang 16H, Kanun Tanah Negara bertarikh 18 April 2006 yang mana salinannya dilampirkan bersama-sama ini dan telah disiarkan di dalam Warta Kerajaan Negeri Johor. Pada tarikh penjualan yang dinyatakan di Borang itu, jualan telah ditangguhkan atas arahan Penolong Pentadbir Tanah, Pontian. Adalah dengan ini diberi Notis bahawa penjualan selanjutnya akan diadakan secara lelong awam pada hari Rabu 12 November 2008 jam 10.00 pagi di Pejabat Tanah Daerah Pontian. Harga yang serendah-rendahnya bagi maksud jualan itu ialah RM700,000.00 (Ringgit Malaysia Tujuh Ratus Ribu Sahaja). Penangkap lelong dikehendaki menyediakan Bank Draf sebanyak 10% dari harga rizab atau bersamaan dengan RM70,000.00 (Ringgit Malaysia Tujuh Puluh Ribu Sahaja). Bahawa jumlah wang yang kena dibayar kepada pemegang gadaian Affin Bank Berhad pada tarikh jualan itu adalah RM1,123,497,050.00 setakat 18 April 2006.

Jadual

Suggest a correction

JADUAL TANAH DAN KEPENTINGAN

Daerah—Pontian. Bandar/Pekan/Mukim—Jeram Batu. No. Lot—2395. Jenis dan No. Hakmilik—G.M. 1380. Bahagian Tanah (jika ada)—Semua Bahagian.

No. Berdaftar Pajakan/Pajakan Kecil (jika ada)—Tiada. No. Berdaftar Gadaian

(jika ada)—Perserahan No. 908/2001 bertarikh 15 Mei 2001 dan Perserahan No.

909/2001 bertarikh 15 Mei 2001.

Bertarikh 6 Ogos 2008

[PTDP 13/124/2005]

SHARIFULIZAN BIN SHARIFUDDIN @ HAMZAH b.p. Pentadbir Tanah

Pontian

9hb Okt. 2008]

5473

WARTA KERAJAAN NEGERI JOHOR

Kepada Zik Yik Sofa Industries Sdn. Bhd. yang beralamat di Lot 2395, (No. 7322)