Malaysia legislation

Section 5B

of KOD PERLINDUNGAN PENGGUNA PENERBANGAN MALAYSIA (PINDAAN) 2019

Seksyen 5B

Perenggan 12A

Penjadualan semula penerbangan yang telah dirancang

(1)

Penumpang hendaklah ditawarkan pilihan antara─

(a)

pembayaran ganti dalam masa tiga puluh hari, daripada kos tiket sepenuhnya pada harga yang dibeli, termasuk cukai dan fi, bagi bahagian atau bahagian-bahagian perjalanan yang tidak dilakukan, dan bagi bahagian atau bahagian-bahagian yang telah dilakukan jika penerbangan itu tidak lagi menyediakan perkhidmatan bagi apa-apa maksud berhubung dengan perancangan

P.U. (B) 250 17

perjalanan asal penumpang, tanpa hak untuk menaiki pesawat; atau

(b)

perubahan laluan, di bawah keadaan pengangkutan yang setanding, ke destinasi akhir mereka pada peluang yang terawal atau pada tarikh yang kemudian mengikut kemudahan pengguna, tertakluk kepada ketersediaan tempat duduk, tanpa dikenakan bayaran tambahan.

(2)

Jika sesuatu syarikat penerbangan yang beroperasi menawarkan kepada seseorang penumpang penerbangan ke suatu lapangan terbang yang merupakan alternatif kepada lapangan terbang yang baginya tempahan dibuat, syarikat penerbangan yang beroperasi itu hendaklah menanggung kos pemindahan penumpang itu dari lapangan terbang alternatif itu

P.U. (B) 250 18

sama ada ke lapangan terbang yang baginya tempahan dibuat, atau ke destinasi lain yang berhampiran yang dipersetujui oleh penumpang itu.”.

Bertarikh 9 Mei 2019

[MAVCOM/RDU/MACPC/2018; PN(PU2)735/II]

NUNGSARI AHMAD RADHI

Pengerusi Eksekutif

Suruhanjaya Penerbangan Malaysia

P.U. (B) 250 19

MALAYSIAN AVIATION COMMISSION ACT 2015

MALAYSIAN AVIATION CONSUMER PROTECTION (AMENDMENT) CODE 2019

Section 5B — KOD PERLINDUNGAN PENGGUNA PENERBANGAN MALAYSIA (PINDAAN) 2019