Malaysia legislation
Section 8
of KOD PERLINDUNGAN PENGGUNA PENERBANGAN MALAYSIA (PINDAAN) 2019
Seksyen 8
Perenggan 8 Kod ibu dipinda─
(a)
dengan menggantikan subperenggan (1) dengan subperenggan yang berikut:
“ (1)
Tertakluk kepada subperenggan (4), sesuatu syarikat penerbangan yang beroperasi hendaklah memberikan maklumat kepada penumpang dan orang ramai tentang apa-apa perubahan status penerbangan, dengan secepat yang dapat dilaksanakan sebelum perubahan status penerbangan berlaku mengikut cara yang ditentukan oleh Suruhanjaya.”;
P.U. (B) 250 9
(b)
dengan menggantikan subperenggan (3) dengan subperenggan yang berikut:
“(3) Bagi maksud perenggan ini,
“perubahan status penerbangan” ertinya─
(a)
pembatalan sesuatu penerbangan;
(b)
suatu kelewatan selama tiga puluh minit dan lebih dalam operasi sesuatu penerbangan yang dijadualkan;
(c)
pemberhentian laluan; atau
(d)
penjadualan semula penerbangan yang telah dirancang.”; dan
(c)
dengan memasukkan selepas subperenggan (3) subperenggan yang berikut:
“(4) Walau apa pun subperenggan (1)—
(a)
dalam hal sesuatu pemberhentian laluan, syarikat penerbangan yang beroperasi itu hendaklah memberikan maklumat kepada penumpang dan orang ramai tentang pemberhentian laluan itu satu bulan dari tarikh pemberhentian itu; dan
(b)
dalam hal sesuatu penjadualan semula penerbangan yang telah dirancang tiga jam sebelum atau selepas waktu perlepasan yang dijadualkan, syarikat penerbangan yang beroperasi itu hendaklah memberikan maklumat kepada penumpang tentang penjadualan semula itu dalam masa dua belas hingga
P.U. (B) 250 10
empat puluh lapan jam dari waktu perlepasan yang dijadualkan.
(5)
Syarikat penerbangan itu hendaklah, apabila diminta oleh penumpang yang terjejas oleh pembatalan penerbangan atau kelewatan selama tiga puluh minit dan lebih dalam operasi sesuatu penerbangan yang dijadualkan, memberi penumpang itu suatu surat mengenai pembatalan atau kelewatan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, dalam masa tujuh hari bekerja dari tarikh permintaan itu.”.
Pindaan perenggan 9