Malaysia legislation
Section 12
of KOD PERLINDUNGAN PENGGUNA PENERBANGAN MALAYSIA (PINDAAN) 2024
Seksyen 12
Kod ibu dipinda dengan memasukkan selepas perenggan 10 perenggan yang berikut:
“Penyesuaian munasabah bagi orang kurang upaya 10A. (1)
Suatu syarikat penerbangan tidak boleh menolak—
(a)
untuk menerima suatu tempahan bagi penerbangan yang berlepas dari suatu aerodrom yang baginya Kod ini terpakai; atau
(b)
untuk mengambil orang kurang upaya di aerodrom sedemikian, dengan syarat bahawa orang itu mempunyai tempahan yang sah, atas alasan kurang upaya.
P.U. (B) 345 10
(2)
Suatu syarikat penerbangan boleh menolak suatu tempahan di bawah subsubperenggan (1)(a) atau daripada mengambil orang kurang upaya di bawah subsubperenggan (1)(b) jika—
(a)
penolakan itu bagi memenuhi kehendak keselamatan yang ditetapkan oleh Ketua Pegawai Operasi Pihak Berkuasa
Penerbangan Awam; atau
(b)
saiz pesawat udara atau pintunya menjadikan pengambilan atau pengangkutan secara fizikal orang kurang upaya itu tidak mungkin dapat dilakukan.
(3)
Suatu syarikat penerbangan boleh, bagi memenuhi kehendak keselamatan yang disebut dalam subsubperenggan (2)(a), menghendaki orang kurang upaya itu untuk diiringi oleh seorang yang lain yang berupaya untuk memberikan bantuan yang diperlukan oleh orang kurang upaya itu.
(4)
Sekiranya terdapat penolakan untuk menerima suatu tempahan atas alasan yang disebut dalam subsubperenggan (2)(a) atau (b), syarikat penerbangan itu hendaklah melakukan usaha yang sewajarnya untuk mencadangkan suatu alternatif yang boleh diterima kepada orang kurang upaya itu.
(5)
Orang kurang upaya yang tidak dibenarkan menaiki pesawat atas alasan kurang upayanya dan mana-mana orang yang mengiringi orang itu menurut subperenggan (3) hendaklah ditawarkan hak yang dinyatakan dalam