Malaysia legislation

Section 4

of KOD PERLINDUNGAN PENGGUNA PENERBANGAN MALAYSIA (PINDAAN) 2024

Seksyen 4

Kod ibu dipinda dengan menggantikan perenggan 3 dengan perenggan yang berikut:

“Penzahiran sepenuhnya tambang penerbangan 3.

(1)

Bagi maksud iklan suatu tambang penerbangan, suatu syarikat penerbangan hendaklah menerbitkan harga terangkum bagi tambang penerbangan itu yang hendaklah terdiri daripada—

(a)

tambang asas, termasuk semua caj yang kena dibayar kepada syarikat penerbangan itu;

(b)

apa-apa cukai dan fi yang dikenakan oleh Kerajaan;

(c)

apa-apa fi dan caj yang ditetapkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis;

(d)

surcaj bahan api; dan

(e)

apa-apa fi dan caj lain sebagaimana yang ditentukan oleh

Suruhanjaya untuk dikenakan ke atas pengguna oleh penyedia perkhidmatan penerbangan.

P.U. (B) 345 4

(2)

Bagi maksud subperenggan (1), iklan itu tidak boleh sesuatu yang palsu, mengelirukan atau memperdayakan.

(3)

Sebelum pembelian tiket oleh pengguna, suatu syarikat penerbangan hendaklah menzahirkan harga muktamad tambang penerbangan yang perlu dibayar yang hendaklah terdiri daripada—

(a)

tambang asas, termasuk semua caj yang kena dibayar kepada syarikat penerbangan itu;

(b)

apa-apa cukai dan fi yang dikenakan oleh Kerajaan;

(c)

apa-apa fi dan caj yang ditetapkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis;

(d)

surcaj bahan api;

(e)

caj bagi perkhidmatan pilihan yang dibeli oleh pelanggan secara pilih-masuk; dan

(f)

apa-apa fi dan caj lain sebagaimana yang ditentukan oleh

Suruhanjaya untuk dikenakan kepada pengguna oleh penyedia perkhidmatan penerbangan.

(4)

Bagi maksud perenggan ini, Suruhanjaya boleh menghendaki suatu syarikat penerbangan untuk memberikan apa-apa maklumat atau dokumen sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya.”.

Pindaan perenggan 7

Section 4 — KOD PERLINDUNGAN PENGGUNA PENERBANGAN MALAYSIA (PINDAAN) 2024