(1969)
yang dinyatakan di muka surat 10 hingga 16 telah disediakan selaras dengan piawaian-piawaian perakaunan yang diluluskan di Malaysia untuk memberi gambaran yang benar dan saksama berkenaan kedudukan pengurusan bagi tahun berakhir 31 Disember 2017 dan hasil kendalian pengurusan bagi tahun kewangan berakhir pada tarikh tersebut telah mematuhi Seksyen 60,
Akta Kerajaan Tempatan, 1976 dan Akta Perbendaharaan di Malaysia.
AR. YEW TUNG SEANG
IR. ADDNAN BIN MOHD RAZALI
Datuk Bandar
Setiausaha Bandaraya
Tarikh 23 Oktober 2018
PENGAKUAN BERKANUN
Saya, Suhaida binti Kamalul Ariffin (No. K/P 661114-07-5544), pegawai yang terutamanya bertanggungjawab ke atas pengurusan kewangan KUMPULANWANG
SIMPANAN MAJLIS BANDARAYA PULAU PINANG (1969) dengan ikhlas mengakui bahawa penyata kewangan yang dibentangkan di muka surat 10
hingga 16 adalah pada pengetahuan dan kepercayaan saya benar dan saya membuat pengakuan ini dengan penuh kepercayaan bahawa perkara ini benar dan menurut kehendak-kehendak Akta Akuan Berkanun, 1960.
Ditandatangani dan diakui oleh Suhaida binti Kamalul Ariffin di Seberang
Jaya, Pulau Pinang pada 23 Oktober 2018.
Di hadapan Saya,
Muzakir bin Mansor
(Pesuruhjaya Sumpah)
Malaysia
1754
[6hb Dis. 2018
LAPORAN JURUAUDIT BEBAS KEPADA AHLI-AHLI
Laporan Audit ke atas Penyata Kewangan
Pendapat
Kami telah mengaudit penyata kewangan KUMPULANWANG SIMPANAN
MAJLIS BANDARAYA PULAU PINANG (1969), yang merangkumi Penyata
Kedudukan Kewangan pada 31 Disember 2017, dan Penyata Pendapatan,
Penyata Perubahan Dalam Ekuiti dan Penyata Aliran Tunai bagi tahun kewangan berakhir pada tarikh tersebut, serta nota-nota kepada penyata kewangan, termasuk ringkasan dasar perakaunan yang penting, yang dibentangkan di muka surat 10 hingga 16.
Pada pendapat kami, penyata kewangan ini memberi gambaran yang benar dan saksama terhadap kedudukan kewangan Kumpulanwang Simpanan Majlis
Bandaraya Pulau Pinang (1969) bagi tahun berakhir 31 Disember 2017, dan prestasi kewangan serta aliran tunai bagi tahun kewangan berakhir pada tarikh tersebut, selaras dengan piawaian laporan yang diluluskan di Malaysia.
Asas kepada Pendapat
Kami melaksanakan pengauditan mengikut piawaian-piawaian audit yang diluluskan di Malaysia dan piawaian antarabangsa mengenai pengauditan.
Tanggungjawab kami di bawah piawaian-piawaian ini adalah dihuraikan dengan lanjut di dalam seksyen. Tanggungjawab Juruaudit bagi Pengauditan Penyata
Kewangan di dalam laporan kami. Kami percaya bahawa bukti audit yang kami perolehi adalah mencukupi dan bersesuaian dalam memberi asas yang munasabah kepada pendapat kami.
Kebebasan dan Tanggungjawab Etika Lain
Kami adalah bebas dari Kumpulanwang mengikut Undang-Undang Kecil
(atas Etika Profesional, Kelakuan dan Amalan) Institut Akauntan Malaysia
(“Undang-Undang Kecil”) dan Lembaga Piawaian Etika Antarabangsa untuk
Kod Akauntan ‘daripada Etika Akauntan Profesional (“Kod IESBA”), dan kami telah memenuhi tanggungjawab etika yang lain mengikut undang-undang kecil dan Kod IESBA.
Maklumat selain daripada Penyata Kewangan dan Laporan Juruaudit
Ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang adalah bertanggungjawab ke atas maklumat lain yang terdiri daripada Laporan Ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang, tetapi tidak termasuk penyata kewangan Kupulanwang Simpanan Majlis Bandaraya
Pulau Pinang (1969) dan laporan juruaudit.
1755 6hb Dis. 2018]
Pendapat kami ke atas penyata kewangan Kumpulanwang Majlis Bandaraya
Pulau Pinang (1969) tidak meliputi Laporan Ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang dan kami tidak menyatakan sebarang bentuk jaminan kesimpulan mengenainya.
Sehubungan dengan penyata audit kewangan Kumpulanwang Simpanan Majlis
Bandaraya Pulau Pinang (1969), tanggungjawab kami adalah untuk membaca
Laporan Ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang dan, dengan berbuat demikian, pertimbangkan sama ada Laporan Ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang tidak konsisten secara material dengan penyata kewangan Kumpulanwang Simpanan
Majlis Bandaraya Pulau Pinang (1969) atau pengetahuan yang diperolehi dalam audit atau sebaliknya tersalah nyata dengan material.
Jika berdasarkan kerja yang telah kami jalankan, kami simpulkan bahawa terdapat salah nyata yang ketara dalam Laporan Ahli Majlis Bandaraya Pulau
Pinang, kami dikehendaki melaporkan fakta berkenaan. Dalam hal ini, tiada apa-apa untuk dilaporkan.
Tanggungjawab Ahli Majlis ke atas Penyata Kewangan
Ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang bertanggungjawab ke atas penyediaan dan pembentangan penyata kewangan ini bagi menggambarkan kedudukan kewangan yang benar dan saksama berdasarkan pematuhan piawaian perakaunan yang dibenarkan dan Seksyen 60, Akta Kerajaan Tempatan, 1976 dan Akta
Perbendaharaan di Malaysia. Ahli majlis juga bertanggungjawab menyusun atur, melaksana, mengawal selia dan mengemaskini proses kawalan dalaman yang berkaitan dengan penyediaan dan pembentangan penyata kewangan ini yang bebas dari kesalahan samada kecuaian atau salahlaku, mengaplikasi polisi-polisi perakaunan yang berkaitan, membuat peruntukan dan anggaran yang wajar dalam keadaan-keadaan tertentu.
Dalam penyediaan penyata kewangan Kumpulanwang Simpanan Majlis
Bandaraya Pulau Pinang (1969), ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang adalah bertanggungjawab untuk menilai keupayaan Kumpulanwang Simpanan Majlis
Bandaraya Pulau Pinang (1969) untuk terus sebagai satu usaha terterusan, mendedahkan, yang mana berkenaan, perkara-perkara berkaitan dengan usaha berterusan dan menggunakan asas perakaunan usaha berterusan melainkan ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang sama ada berniat untuk membubarkan
Kumpulanwang Simpanan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (1969) atau memberhentikan operasi, atau tidak mempunyai alternatif yang realistik tetapi untuk berbuat demikian.
Tanggungjawab Juruaudit Terhadap Penyata Kewangan
Objektif kami adalah untuk memperolehi jaminan yang munasabah sama ada
Penyata Kewangan Kumpulanwang Simpanan Majlis Bandaraya Pulau Pinang