Malaysia legislation

Section 12

of KUMPULANWANG SIMPANAN MAJLIS BANDARAYA

Seksyen 12

ANGKA-ANGKA BANDINGAN

Sebahagian daripada angka-angka bandingan telah diubah bagi disesuaikan dengan persembahan tahun semasa.

LAPORAN JURUAUDIT BEBAS KEPADA AHLI-AHLI

KUMPULANWANG SIMPANAN

MAJLIS BANDARAYA PULAU PINANG (1969)

Laporan Audit ke atas Penyata Kewangan

Pendapat

Kami telah mengaudit penyata kewangan KUMPULANWANG SIMPANAN

MAJLIS BANDARAYA PULAU PINANG (1969), yang merangkumi Penyata

Kedudukan Kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2019, dan Penyata

Pendapatan, Penyata Perubahan Dalam Ekuiti dan Penyata Aliran Tunai bagi tahun kewangan berakhir pada tarikh tersebut, serta nota-nota kepada

Penyata Kewangan, termasuk ringkasan dasar perakaunan yang penting, yang dibentangkan di muka surat 2 hingga 8.

Pada pendapat kami, penyata kewangan ini memberi gambaran yang benar dan saksama terhadap kedudukan kewangan Kumpulanwang Simpanan Majlis

Bandaraya Pulau Pinang (1969) bagi tahun berakhir 31 Disember 2019, dan prestasi kewangan serta aliran tunai bagi tahun kewangan berakhir pada tarikh tersebut, selaras dengan piawaian laporan yang diluluskan di Malaysia.

1236

[3hb Dis. 2020

Asas kepada Pendapat

Kami melaksanakan pengauditan mengikut piawaian-piawaian audit yang diluluskan di Malaysia dan piawaian antarabangsa mengenai pengauditan.

Tanggungjawab kami di bawah piawaian-piawaian ini adalah dihuraikan dengan lanjut di dalam seksyen. Tanggungjawab Juruaudit bagi Pengauditan Penyata

Kewangan di dalam laporan kami. Kami percaya bahawa bukti audit yang kami perolehi adalah mencukupi dan bersesuaian dalam memberi asas yang munasabah kepada pendapat kami.

Bebas dan Lain-lain Tanggungjawab Etika

Kami adalah bebas daripada Kumpulanwang berdasarkan keperluan perundangan

(Professional Ethics, Conduct and Practice) yang dikeluarkan oleh lnstitut

Akauntan Malaysia (MIA) (“By-Laws”) dan Lembaga Piawaian Etika Akauntan

Antarabangsa yang dikuatkuasakan khususnya kepada Akauntan Professional

(“IESB Code”) dan kami telah memenuhi tanggungjawab-tanggungjawab etika lain menurut keperluan By-laws dan IESBA Code tersebut.

Maklumat selain daripada Penyata Kewangan dan Laporan Juruaudit

Ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang adalah bertanggungjawab ke atas maklumat lain yang terdiri daripada Laporan Jawatankuasa, tetapi tidak termasuk penyata kewangan Kumpulanwang Simpanan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (1969)

dan laporan juruaudit.

Pendapat kami ke atas penyata kewangan Kumpulanwang Majlis Bandaraya

Pulau Pinang (1969) tidak meliputi Laporan Jawatankuasa dan kami tidak menyatakan sebarang bentuk jaminan kesimpulan mengenainya.

Tanggungjawab Ahli Majlis ke atas Penyata Kewangan

Ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang bertanggungjawab ke atas penyediaan dan pembentangan penyata kewangan ini bagi menggambarkan kedudukan kewangan yang benar dan saksama berdasarkan pematuhan piawaian perakaunan yang dibenarkan dan Seksyen 60, Akta Kerajaan Tempatan, 1976 dan Akta

Perbendaharaan di Malaysia. Ahli majlis juga bertanggungjawab menyusun atur, melaksana, mengawal selia dan mengemaskini proses kawalan dalaman yang berkaitan dengan penyediaan dan pembentangan penyata kewangan ini yang bebas dari kesalahan samada kecuaian atau salahlaku, mengaplikasi polisi-polisi perakaunan yang berkaitan, membuat peruntukan dan anggaran yang wajar dalam keadaan-keadaan tertentu.

Dalam penyediaan penyata kewangan Kumpulanwang Simpanan Majlis

Bandaraya Pulau Pinang (1969), ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang adalah bertanggungjawab untuk menilai keupayaan Kumpulanwang Simpanan Majlis

Bandaraya Pulau Pinang (1969) untuk terus sebagai satu usaha terterusan, mendedahkan, yang mana berkenaan, perkara-perkara berkaitan dengan usaha

1237 3hb Dis. 2020]

WARTA KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG berterusan dan menggunakan asas perakaunan usaha berterusan melainkan ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang sama ada berniat untuk membubarkan

Kumpulanwang Simpanan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (1969) atau memberhentikan operasi, atau tidak mempunyai alternatif yang realistik tetapi untuk berbuat demikian.

Tanggungjawab Juruaudit Terhadap Penyata Kewangan

Objektif kami adalah untuk memperolehi jaminan yang munasabah sama ada

Penyata Kewangan Kumpulanwang Simpanan Majlis Bandaraya Pulau Pinang

(1969)

secara keseluruhannya adalah bebas daripada salah nyata yang ketara, sama ada disebabkan oleh penipuan atau kesilapan, dan mengeluarkan laporan juruaudit yang merangkumi pendapat kami. Jaminan yang munasabah adalah tahap munasabah yang tinggi, tetapi bukan satu jaminan bahawa audit yang dijalankan mengikut Piawaian Pengauditan yang diluluskan di Malaysia dan

Piawaian Pengauditan Antarabangsa akan sentiasa mengesan salah nyata yang ketara apabila ia wujud. Salah nyata boleh timbul daripada penipuan atau kesilapan dan dianggap memberi kesan ketara jika, secara individu atau dalam agregat, mereka semunasabahnya dapat dijangkakan untuk mempengaruhi keputusan ekonomi diambil oleh pengguna berdasarkan Penyata Kewangan ini.

Sebagai sebahagian daripada audit mengikut Piawaian Pengauditan yang diluluskan di Malaysia dan Piawaian Pengauditan Antarabangsa, kami mengunakan pertimbangan profesional dan mengekalkan keraguan profesional di sepanjang pengauditan. Kami juga:

•  Mengenalpasti dan menilai risiko salah nyata yang ketara dalam Penyata

Kewangan Kumpulanwang Simpanan Majlis Bandaraya Pulau Pinang

(1969)

, sama ada disebabkan oleh penipuan atau kesilapan, merancang dan melaksanakan prosedur audit yang responsif kepada risiko berkenaan, dan mendapatkan bukti audit yang mencukupi dan bersesuaian untuk memberikan asas yang munasabah bagi pendapat kami. Risiko tidak mengesan salah nyata yang ketara yang terhasil daripada penipuan adalah lebih tinggi daripada yang terhasil daripada kesilapan, kerana penipuan mungkin melibatkan pakatan sulit, pemalsuan, pengecualian disengajakan, salah nyata atau mengatasi kawalan dalaman.

• Memperoleh pemahaman mengenai kawalan dalaman yang berkaitan dengan audit untuk merangka prosedur audit yang bersesuaian dengan keadaan, tetapi bukan bertujuan untuk menyatakan pendapat mengenai keberkesanan kawalan dalaman Kumpulanwang Simpanan Majlis Bandaraya Pulau Pinang

(1969)

.

• Menilai kesesuaian dasar perakaunan yang digunakan dan kemunasabahan anggaran perakaunan dan pendedahan yang berkaitan yang dibuat oleh ahli

Majlis Bandaraya Pulau Pinang.

1238

[3hb Dis. 2020

• Membuat kesimpulan mengenai kesesuaian penggunaan asas perakaunan usaha berterusan oleh ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang, dan berdasarkan bukti audit yang diperolehi, sama ada ketidaktentuan ketara wujud yang berkaitan dengan peristiwa atau keadaan yang boleh menimbulkan keraguan yang ketara ke atas keupayaan Kumpulanwang Simpanan Majlis Bandaraya Pulau

Pinang (1969) untuk terus sebagai satu usaha berterusan. Jika kami membuat kesimpulan bahawa ketidaktentuan ketara wujud, kami dikehendaki untuk menarik perhatian dalam laporan juruaudit kami ke atas pendedahan berkaitan dalam penyata kewangan atau, jika pendedahan tersebut tidak mencukupi, mengubahkan pendapat kami. Kesimpulan kami adalah berdasarkan pada bukti audit yang diperolehi sehingga tarikh laporan juruaudit kami. Walau bagaimanapun, peristiwa atau keadaan masa depan boleh menyebabkan

Kumpulanwang Simpanan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (1969) berhenti untuk terus sebagai satu usaha berterusan.

• Menilai keseluruhan persembahan, struktur dan kandungan penyata kewangan

Kumpulanwang Simpanan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (1969), termasuk pendedahan, dan sama ada penyata kewangan merupakan asas urus niaga dan peristiwa-peristiwa dalam cara yang mencapai persembahan yang saksama.

Kami berkomunikasi dengan ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang berkenaan, antara perkara lain, skop dan masa audit yang telah dirancang dan penemuan audit yang penting, termasuk sebarang kekurangan yang ketara dalam kawalan dalaman yang kami kenalpasti sepanjang pengauditan kami.

Perkara-perkara lain

Laporan ini disediakan hanya untuk ahli-ahli KUMPULANWANG SIMPANAN

MAJLIS BANDARAYA PULAU PINANG (1969), sebagai sebuah badan, dan bukan untuk sebarang tujuan lain. Kami tidak bertanggungjawab kepada mana-mana orang lain bagi kandungan laporan ini.

HISHAM & CO.

HAJI MOHD. HISHAMUDDIN BIN

No. Firma: AF 1491

ABU HASSAN

Akauntan Bertauliah (Malaysia)

No. Kelulusan: 01797/09/2021 J

PULAU PINANG

Bertarikh 21 Oktober 2020

CAWANGAN ALOR SETAR

Hakcipta Pencetak H atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada Percetakan Nasional Malaysia Berhad (Pencetak kepada Kerajaan Malaysia yang dilantik).

PNMB

Section 12 — KUMPULANWANG SIMPANAN MAJLIS BANDARAYA