Malaysia legislation
Section 105
Seksyen 105
(2)
Jika Lembaga menolak permohonan itu, Lembaga hendaklah memberitahu pemohon secara bertulis mengenai penolakan itu.
(3)
Jika Lembaga meluluskan lesen insurans itu di bawah subseksyen (1), Lembaga hendaklah mengeluarkan lesen insurans kepada pemohon.
(4)
Lembaga boleh menentukan jenis aktiviti yang boleh dijalankan oleh pemegang lesen insurans dalam lesen insurans itu.
(5)
Seorang pemohon yang terkilan dengan keputusan Lembaga di bawah subseksyen (1) untuk menolak permohonannya, boleh dalam tempoh tiga puluh hari selepas keputusan itu diberitahu kepadanya, merayu kepada Menteri secara bertulis.
(6)
Pemegang lesen insurans hendaklah mematuhi apa-apa syarat yang dikenakan di bawah lesen yang diberikan di bawah subseksyen (1) selama tempoh lesen itu berkuat kuasa.
(7)
Lesen yang diberikan di bawah seksyen ini hendaklah terus berkuat kuasa sehingga lesen itu diserahkan balik atau dibatalkan mengikut Akta ini.
(8)
Lembaga boleh, selepas berunding dengan Menteri, melalui notis bertulis kepada pemegang lesen insurans itu mengubah terma dan syarat yang sedia ada atau mengenakan apa-apa terma dan syarat tambahan, berkenaan dengan suatu lesen insurans, dari semasa ke semasa sebagaimana yang difikirkannya patut.
Penyiaran senarai semua pemegang lesen insurans