Malaysia legislation

Section 75

of AKTA PERKHIDMATAN KEWANGAN DAN SEKURITI ISLAM LABUAN 2010

Seksyen 75

Pembayaran daripada akaun si mati

(a)

kematian si mati itu; dan

(b)

haknya di bawah undang-undang terhadap jumlah wang yang terdapat pada kredit si mati.

(2)

Pemegang lesen bank Islam tidak boleh membuat apa-apa pembayaran di bawah subseksyen (1) jika pemegang lesen bank

Islam itu telah menerima tuntutan lain terhadap apa-apa wang yang terdapat pada kredit si mati.

(3)

Pemegang lesen bank Islam atau pengarahnya atau pegawainya tidak boleh bertanggungan berkenaan dengan apa-apa tuntutan oleh mana-mana orang berkaitan dengan apa-apa pembayaran yang dibuat mengikut seksyen ini tetapi orang itu boleh mendapatkan balik jumlah wang yang kena dibayar kepadanya secara sah daripada orang yang kepadanya pembayaran itu telah dibuat.

Section 75 — LABUAN ISLAMIC FINANCIAL SERVICES AND SECURITIES ACT 2010