Malaysia legislation

Section 2

of *AKTA PENGANGKUTAN AWAM DARAT 2010

Seksyen 2

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“Akta ini” termasuk mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini;

“bagasi” ertinya apa-apa benda untuk kegunaan dan kemudahan sendiri yang lazimnya dibawa oleh penumpang tetapi tidak, kecuali dalam hal pedagang kembara, termasuk benda yang dibawa bagi maksud perniagaan, perdagangan atau keuntungan;

“barangan” ertinya barangan atau apa-apa bebanan daripada apa-apa perihalan, tetapi tidak termasuk bagasi;

“caj penentuan harga bagi kesesakan kawasan” ertinya apa-apa caj langsung yang dikenakan secara khusus bagi penggunaan jalan yang berkaitan dengan apa-apa skim penentuan harga bagi kesesakan kawasan;

“jalan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam

Akta Pengangkutan Jalan 1987 [Akta 333];

“kadar” termasuk apa-apa tambang, tambang muatan, caj atau bayaran lain bagi mengangkut mana-mana penumpang atau bagasinya, atau barangan;

“kelas” termasuk jenis atau kategori;

“kenderaan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam

Akta Pengangkutan Jalan 1987;

Pengangkutan Awam Darat 19

“kenderaan barangan” ertinya—

(a)

mana-mana kenderaan motor yang dibina atau disesuaikan untuk digunakan bagi membawa barangan atau sesuatu treler yang dibina atau disesuaikan sedemikian; atau

(b)

mana-mana kenderaan motor atau treler yang tidak dibina atau disesuaikan sedemikian apabila digunakan untuk membawa barangan semata-mata atau sebagai tambahan kepada penumpang, dan termasuklah kenderaan p-hailing;

“kenderaan motor” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam

Akta Pengangkutan Jalan 1987;

“kenderaan p-hailing” ertinya suatu kenderaan motor yang digunakan untuk membawa barangan dalam mana-mana perjalanan sebagai balasan bagi tambang muatan bagi setiap barangan itu, yang perkiraan, penempahan atau transaksi, dan tambang muatan bagi perjalanan itu dipermudah melalui suatu aplikasi elektronik mudah alih yang disediakan oleh suatu perniagaan pengantaraan;

“kenderaan pelancongan” ertinya sesuatu kenderaan motor yang dikategorikan di bawah mana-mana kelas yang diperihalkan dalam